Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 7, 2009

::Cinta Siapa Lebih Ikhlas::

Ada satu pendapat umum:
Perempuan memberikan seks untuk mendaptkan cinta.

Sebaliknya:
Lelaki memberikan cinta untuk mendapatkan seks.

Benarkah?
CINTA SIAPA LEBIH IKHLAS???

Ada banyak keBENARannya....
siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak maka nilailah sendiri.

Perempuan memerlukan belaian CINTA buat mengisi kekosongan jiwa.
Maka dijawab oleh lelaki, jika kau mahukan cinta itu, kau harus berikan sex.

Perempuan terdiam, begitu mahalnya nilai sebuah cinta yang ditukarkan dengan sex.

Antara izin dan terpaksa, maka menyerahlah ia dalam dakapan/pelukan seorang lelaki... maka puaslah lelaki itu mendapatkan apa yang dia impikan selama ini, tetapi dalam masa yang sama ia turut berkata bahawa betapa murahnya nilai harga diri atau maruahnya seorang perempuan dalam mendapatkan sebuah cinta.

Tetapi, adakah perempuan akan mendapatkan cintanya? Mungkin... tapi hanya secebis, cinta yang diberikan yang secebis itu pun oleh si lelaki hanya kerana bermaksud kesudahan, akhirannya adalah sex.

Perempuan keliru dalam mencari makna cinta. Baginya, cinta itu adalah belaian jiwa, perhatian dan tanggungjawab.

Di manakah sebetulnya cinta itu?

Oleh itu, wahai perempuan, carilah lelaki yang akan bertanggungjawab ke atas dirimu... maka di situ akan lahirkan cinta tanpa paksaan.

Dan... lelaki, apabila hilangnya rasa cinta pada perempuan maka ia tidak akan mahu lagi bertanggungjawab ke atas perempuan itu, sekalipun perempuan itu dan dia masih dalam satu ikatan. Maka.... berlakulah penganiayaan dan ketidakadilan dan hidup bagai gantung tidak bertali... hidup dalam penyiksaan.. Jika perempuan tidak mahu atau tidak sanggup lagi hidup dalam keadaan begitu... maka akan terputuslah satu ikatan secara rasmi.

beri cinta sebab hendak dapatkan sex semata....

IBARAT -->syaitan bertopeng manusia, pujuk rayu, kata-kata manis, akhirnya rebah dan ketawalah ia sebab manusia dah masuk dalam perangkapnya..

Apa Kata Hati?~ Aku mendapat email ini dari seorg teman di kl... mungkin ada benarnya... fikir-fikirkanlah.....

No comments: