Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 8, 2011

Secebis Pendapat Ikhlasku...

jom kita sama2 meneliti dan menjawab persoalan di bawah ini:

1) Waktu bekerja sehari rata2 8 jam sehari. Adakah anda benar2 menghalalkan gaji yg dibayar 8 jam sehari tu dgn bekerja? 

2) Adakah selama 8 jam bekerja anda tidak 'mencuri' masa dgn berbuat perkara yg bukan kerja anda? contoh berfesbuk, berchatting, membaca website politik, website resepi, website shopping online, dll? 

3) Adakah anda bekerja lebih masa untuk cover masa yg anda telah 'curi' tanpa mengclaim OT? 

4) Anda seorang pegawai berpangkat tinggi. Adakah anda akan mendahulukan meneliti dan menimbang permohonan jawatan kosong oleh calon D yang berkelayakan tetapi anda tidak kenali dan mengenepikan calon A yg berkelulusan yg adoo saja yg merupakan saudara mara anda? 

5) Adakah semasa anda belajar di Universiti tidak terlintas langsung utk memohon pinjaman dan biasiswa? 

6) Anak anda membawa pulang borang derma ikhlas untuk penganjuran majlis hari raya or majlis penyampaian hadiah di sekolah. Adakah anda dgn seikhlas hati menyumbang derma tersebut atau menyumbang tetapi setelah berkilo2 sumpah seranah dilontarkan? 

7) Mana pergi duit cukai pendapatan yang dok potong byk2 tu?: --> Dari mana dtgnya duit utk bayar gaji terutama yg kerja dgn gomen? mana dtgnya duit utk membeli komputer dan diberikan pada sekolah untuk kegunaan pelajar dgn percuma? dari mana dtg nya duit utk menampung kos bantuan makanan pagi utk anak2 kurang mampu? Dari mana dtgnya sumber kewangan utk merealisasikan Skim Pinjaman Buku Teks? ..

Dll soklan lg... 

Berdasarkan soalan2 tersebut dan jawapan yg bakal atau telah dijawab, wajarkah kita mempersoalkan org lain yang perlu mentadbir negara sedangkan kita sendiri yang hanya perlu mentadbir diri dan hidup kita pun x sempurna, kenapa perlu mengharapkan org lain sempurna??

Dalam diri setiap manusia ni mmg akan ada satu sifat yang tak bersyukur dgn apa yg ada... aku sgt sgt sgt bersyukur dan gembira kerana diberi peluang hidup di negara yg aman makmur, makan cukup, pakai cukup, serba serbi cukup (asalkan berusaha utk mendapatkannya).. tetapi aku sgt sgt sgt benci dan x suka dgn org2 yg x bersyukur hidup dlm keadaan yg aman damai ni... ada saja yg ditimbulkan utk menghuru harakan keamanan yg dikecapi... ada saja dok nampak kesalahan org lain walhal diri sendiri pun bukannya betul sgt...  

Ya... aku akui, ada antara perkara2 yang dilontarkan itu adalah betul... kesalahan itu jelas nampak di mata... tetapi, ada cara dan saluran yg betul untuk kita bersoal jawab tentang perkara itu... gunakan akal yg diberikan Tuhan pd kita... bkn dgn otak yang dibisikkan oleh syaitan...

Walau apa pun tindakan kita, jgn smpi menjejaskan keamanan negara dan jgn sampai negara tergadai... satu2nya negara di dunia ni yang dimiliki oleh org melayu ialah Malaysia... walaupun semakin hari semakin byk tanah2 milik bumiputera melayu menjadi milik bangsa asing, tetapi, jgn diikutkan sgt perasaan yang terhasut oleh syaitan tu... jgn nanti kita merempat di negara sendiri.......  

Fikir2kan lah dan renung2kanlah...... 





Apa Kata Hati?~ aku syg negara aku Malaysia...