Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 7, 2013

Kuasa Doa...

Assalamualaikum semua... 

Kita semua telah sedia maklum bahawa doa merupakan satu cara terbaik utk mendapatkan sesuatu daripada Allah s.w.t. Sekurang-kurangnya satu hari 5 kali kita berdoa kan?? belum kira doa makan, doa masuk tandas, doa keluar tandas, doa naik kenderaan dan lain-lain doa lagi... Dan kita jugak tahu akan kehebatan doa.. tapi persoalannya, adakah kita benar2 mengerti setulus hati ikhlas kita mengakui akan kebenaran kehebatan doa tersebut?? 

Selama ni pun aku mmg sedia maklum akan kenyataan bahawa hebatnya berdoa.. Tapi kejadian semlm dan hari ni amat2 membuatkan aku betul2 rasa mcm speechless x tau nak gambarkan bagaimana hebatkan doa dan apabila doa diperkenankan.. Masyaallah... sgt hebat perasaan itu. 

Kejadian 1:

Jambatan P.Pinang kedua runtuh... 

Sekitar jam 7.20 petang semlm (6 Jun 2013), my hubby call tanya nak mkn ape utk dinner, dia nak belikan on the way nak blk keje. Then, time tu aku ngan ank tecikku itu dh masuk parking kedai tomyam dh pun nak beli bungkus. Then, aku ckp, xyah beli la.. aku dah nak beli. Then, dia kata dia nak singgah mkn kat kedai kwn dia la dulu, lama x singgah. aku kata - ok. 

Kul 8 pm camtu, my hubby call lagi, dia kata jambatan runtuh.. kawasan sekitar batu maung tu dh kecoh dengan jalan tutup, polis ngan bomba dok mai ramai smpikan dia kene pusing ikut Bayan Lepas utk blk. Dgr cite, ada kete ngan moto yang lalu bwh binaan tu dan dihempap oleh binaan yg runtuh tu... apa nasib mereka - wallahua'lam.. 

cuba bygkan, kalau la aku kata kat my hubby, 'xyah beli mkn, me dh beli, blk mkn la' dan beliau terus blk masa tu? kemungkinan besar boleh jadi beliau smpi kat tmpt kejadian tu masa kejadian berlaku... nauzubillah... x dpt dibayangkan kalau itu terjadi.. 

Kejadian 2:

Pagi tadi, member yang drive kete hari ni bagi bihun goreng utk breakfast kat aku, pastu smpi ofis, akak sebelah meja di pulak bagi nasik kerabu utk breakfast dan 10 minit lepas tu, diberitahu supaya jgn beli lunch tghari ni sbb ada hamba Allah yang nk buat kenduri masa lunch. Masyaallah... Rezeki melimpah ruah hari ni... Syukur Alhamdulillah... 

Dari dua kejadian ni, apa yg membuatkan aku dpt merasakan sepenuhnya kehebatan berdoa ialah kerana, setiap hari, masuk kete sementara nak gerak tu, aku akan berdoa kepada Allah supaya melindungi aku, anakku, ibuku dan suamiku, juga dikurniakan rezeki melimpah ruah yg berterusan... Setiap hari aku berdoa begitu dan alhamdulillah dh jadi satu kemestian dan amalan apabila masuk ja kete nak gerak tu mesti berdoa dulu. 

Dan alhamdulillah, hari ni Allah menunjukkan kekuasaanNya dengan mengabulkan permintaan hambaNya ini walaupun hambaNya ini kadang2 masih leka dan lalai akan perintahNya.. Ya Allah, ampunkan dosaku dan jauhkan sifat lalai dan alpa dari diri kami ya Allah... 

Amin Amin Ya Rabbal A'lamin... 





 Apa Kata Hati?~ Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah Wallahuakbar...