Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 28, 2008

Resipi hari ini... Soto Ayam

Hari ni aku nak share resipi je.... cuba la kalau rasa2 mcm best... mana tau kot2 leh jadi juadah berbuka puasa nanti.... hehehheheh

Soto Ayam

Bahan A (sup)
1 ekor ayam di potong ikut suka
3 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (di ketuk je)
2 inci halia (di mayang halus)
2 ketul sub bunjut
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis)

Cara masak:
Semua bahan A nie hendaklah direbus. Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, serbuk perasan dan gula sikit.... seimbangkan rasa...

Bahan B
10 biji bawang merah (dimayang halus)
5 biji bawang putih (dimayang halus)

Cara masak:
Bawang ni digoreng dengan minyak baru (minyak yg belum digunakan), minyak ni agak2 je, jgn banyak sgt.. Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu ke dalam sup yang dah masak tu. Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.

Bahan untuk sambal kicap:
20 biji cili api
2 biji limau kasturi
2 ulas bawang putih
kicap
sikit gula

Cara menyediakan:
Tumbuk cili ngan bawang putih, bila dah lumat masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.

Boleh dimakan sup sahaja ataupun dimakan dengan nasi impit, isi ayam yg telah direbus tadi dan disiat2, kacang goreng dan taburkan daun sup... hmmmm... sedappp....


Apa Kata Hati?~ sesekali tukar menu, best jugak.....

1 comment:

Jumie Samsudin said...

Belajar dengan Aseh ka?