Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 17, 2009

PERCAYA MEMPERCAYAI

sikap saling percaya mempercayai dalam sesebuah perhubungan adalah sangat sukar sekali untuk dilaksanakan dan diamalkan. Ianya mudah untuk diperkatakan, mudah juga untuk dikhianati.. tapi amat sukar untuk dipraktikkan.

sikap saling percaya mempercayai ini harus ada dlm perhubungan tak kira la suami isteri, pasangan kekasih, adik beradik mahupun sahabat handai.. jika tiada sikap saling percaya mempercayai, maka sesebuah hubungan itu takkan menjadi baik.. episod perhubungan itu xkan berpanjangan..

Apabila kita telah meletakkan kepercayaan yg tulus dlm sesebuah perhubungan itu, kita akan merasakan yang hubungan itu adalah sesuatu perasaan atau ikatan yang diselubungi rasa selesa dan rasa selamat untuk berkongsi suka duka.. tapi, bila kepercayaan itu dikhianati, sakitnya di hati Tuhan saja yang tahu.. once kita dah x percayakan seseorg tu, smpi bila2 hubungan itu xkan jadi setulus seperti sebelumnya.

Oleh itu, jangan dikhianati kepercayaan yang telah diberikan. kerana dari sahabat hanya tinggal kenalan.. sekali dikhianati, maka selamanya aku xkan percayakan org itu lagi.

dalam perhubungan persahabatan lah yg selalunya kepercayaan dikhianati... aku berkongsi kisah suka duka bersama, tp sungguh aku x sangka di belakang aku, lain jadinya.. aku sangkakan luahan kisah suka duka aku selama ni adalah antara aku dan dia.. tp, rupanya dia seronok berkongsi lagi cerita aku dgn org lain.. sungguh tidak ku duga begini perangainya.. kalau setakat jadi penyampai cerita x bertauliah tu xpe lagi la.. ni siap dikutuk lagi tu.. hmmm... betul lah pesan seseorg pada aku "org yg rapat dgn kita lah org yang akan tikam kita di belakang"...

xpa la... apa yang aku bleh katakan, ALHAMDULILLAH... mungkin dia belum terkena seperti mana dia kenakan aku... tp lambat laun, dia akan merasakannya juga... antara aku dan dia, persahabatan yang terjalin, tidak akan putus, tp ianya hanya ikatan yang kosong tanpa pengisian mcm sblm ni.... aku doakan agar beliau insaf akan perbuatannya dan cubalah merubah sikap yang satu itu supaya di penghujung jalan nanti masih ada sahabat yang akan menemani membacakan Yasin di saat sakaratul maut menjemput... untuk beliau::

"WHAT U GIVE, U GET BACK"



Apa Kata Hati?~ ku berserah kepadaMu Ya Allah...... aminnnn....

No comments: