Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 4, 2009

Aku Sakit!!

Minggu lepas merupakan minggu sakit aku.. dan keadaan amat mencabar bagi aku kerana pada saat aku sakit tu jugak la aku sgt sgt sgt sgt sgt sibuk dgn persiapan terakhir utk seminar kebangsaan next week. Dlm kesibukkan dan kesakitan tu, aku terpaksa jugak mengambik cuti pada hari Khamis sbb nak tolong mak aku nak pindah dari umah sewa balik ke umah yg dah siap dibina semula... Tp kesian kat syg aku, dia sorang2 ja yg kene buat keje byk, aku x daya nak tolong.. setakat angkat dua tiga barang yg ringan sgt je, pastu aku dah terlantar balik.. x daya nak gerak pun..

Kemuncaknya, mlm tu, lepas dah settle angkut barang semua, kami pun balik la ke umah kat penang semula... smpi je dah tgh mlm.. lepas mandi ape semua, aku dah sgt2 sakit dan terus terbaring atas katil x leh bergerak dah.. semalaman aku x leh tido sbb menahan sakit yg teramat sgt.. walaupun letih tp x dpt nak tido.. smpi la pagi, dan masih x berubah, malah bertambah pulak sakit tu. Aku terpaksa amik Emergency Leave la jumaat tu.. asal aku gerak sikit walau satu sentimeter, air mata aku akan mengalir... sakit sangat.. hanya Tuhan ja yg tahu sakit tu cane.. yg dpt aku katakan, bila aku gerak sikit aku rasa mcm pisau lipat yg kecik tu menghiris tubuh aku.. mcm tu la aku rasa...

Sakit apa?? biarlah hanya teman2 yg rapat dgn aku ja yg tahu aku sakit apa... maleh la nak cite kat sini... seminggu aku berkeadaan begitu dan kemuncaknye, jumaat dan sabtu yg aku x boleh jalan langsung.. aku hanya mampu terbaring dan mengiring ke kanan sikit je.. selain dr posisi itu, aku x mampu nak gerakkan badan aku.. sbb aku x daya nak tahan sakit yg terlampau itu...

Di saat kesakitan melanda itu, barulah aku terpk balik ttg diri.. baru la nak insaf itu ini.. barulah otak aku ni boleh berfikir rasional bukan emosional.. agaknya, ini la kot yg dikatakan, bila kita sakit tu pencuci dosa2 kecik... sikit sebanyak aku dah dpt rasakan mcm mana org yg sihat tetiba jadi lumpuh dan x berdaya... oh... aku insaf... aku insaf.. dan aku sgt bersyukur yg aku telah dikurniakan cukup sifat... maka aku kene lah jaga amanah yg telah Tuhan berikan utk aku nih... sbb nanti aku harus 'pulangkan' amanah ni dgn cukup sifat mcm yg telah diberikan...

Dan skg ni, alhamdulillah... aku dah ok... dah sembuh... dan kalau kata ada org offer nak kasik RM100,000 kat aku utk aku tempuhi sekali lagi sakit tu, aku xnak.... aku x rela.... tidakkkkk....

Apa Kata Hati?~ alhamdulillah... aku dah sembuh...

2 comments:

kuIna said...

ju byk2 la berehat ya.

sakit tandanya tuhan menguji kita.. menguji kesabaran kita.


http://www.kuina.kujie2.com

Ju-Dzahir_Amanda said...

kulna: ye... terima kasih...