Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 22, 2008

-No TITLE -

Semlm... aku menerima satu panggilan telefon dari kawan lama.. dan aku amat tersentuh hati dgn kata2nya sepanjang perbualan semlm.. Inilah yang dikatakan 'salah tafsir'... walaupun kita ni diberi status 'kawan baik' or 'kawan rapat' or 'kawan PALING rapat' pun, ketahuilah kenyataannya bahawa x semua benda yg berlaku/dialami oleh partner kita yg rapat sgt tuh kita boleh tahu... walaupun berpuluh tahun bersama lalui suka duka kehidupan, x bermakna kita ni 100% faham akan kemahuan/tindakan/fikiran/pandangan kawan kita tu.... ada sesetengah benda yg kita alami, tapi ianya hanyalah untuk 'simpanan' diri kita sendiri, yg kita rasa x patut dan x perlu pun org lain tahu walaupun kawan baik/rapat/paling rapat kita sendiri....

Hmmm... dlm entry aku terdahulu, aku pernah bercerita tetang seseorang yg aku pernah lukakan hatinya dan skg ni kami berhubungan kembali kan... tapi, hubungan kami sekarang ini tidak lebih dari seorang 'sahabat'... tidak terdetik walau sekelumit pun perasaan cinta atau sayang utk dirinya mcm dulu... TIDAK ADA!!.. hati aku, cinta aku, sayang aku dan hidup aku hanyalah untuk suamiku seorang sahaja.. tiada dua, tiada tiga... tapi, kenapakah kewujudan aku telah disalah tafsirkan?? salah kah kalau aku sekadar menjalin semula ikatan persahabatan? aku x pernah ada rasa nak menggugat rumahtangga sesiapa pun.. malah, aku dgn sahabat itu pernah terfikir untuk kluar bertemu dgn membawa pasangan hidup masing2... tapi kenapakah aku masih lg disalah tafsirkan??

Salahkah untuk bertanya khabar ttg sahabat kita?? aku tahu, aku xperlu nak jaga 'khabar' dia pun sbb pasangan hidup dia dah tentu menjaga khabar dia.. aku tahu kenyataan tuh, dan aku x pernah pun rasa nak 'terlalu menjaga' khabar sahabat tu... lebih baik aku menjaga khabar suamiku.... tapi, kita ni org melayu, yg kaya dgn adat dan budi bahasa, bila dah lama x mendengar khabar, dah tentu kita 'bertanya khabar'... sekadar 'berbahasa'.... adakah itu pun menjadi kesalahan??

Dan lagi, aku hairan, kenapakah di zaman yg moden dan rata2 makhluk Tuhan di muka bumi ni berpelajaran - kalau x tinggi pun masih berpelajaran.. tapi mentaliti sgt rendah.. kenapa?? kenapa perlu dijadikan rezeki/anugerah Tuhan iaitu 'anak' sebagai subjek untuk dipermain-mainkan? Dah kawin lama even 10 tahun pun kalau Tuhan masih belum berkehendakkan kita dikurniakan anak, boleh kah kita melawan ketentuan tu? haruskah kita punya rasa marah? rasa rendah diri? rasa terasing?? tidakkah itu namanya marahkan Pencipta kita? Astargfirullahalazim... jgn la kita tergolong dalam makluk Tuhan yang tidak tahu mensyukuri apa yg telah diberikan.. kalau lah kita anggap benda nih negative, dah tentu hidup kita x keruan dan sering dilanda kemurungan... cubalah kita amik subjek 'anak' ni sebagai satu yang positif, for sure, hidup kita akan aman tenteram hinggalah saat itu tiba.. cubalah terapkan dlm diri bahawa Tuhan lebih mengetahui kenapa kita ni belum dikurniakan anak.. insyaallah, jika Dia berkehendakkan, lambat laun akan ada la rezeki tu... cuma teruskan berusaha, bersabar dan bertawakkal kepadaNya...

Cuma jgn lah sesekali kita jadikan 'takde anak' sebagai satu faktor keruntuhan rumahtangga... memagn semua org yg berkahwin dambakan anak sebagai penyeri dan sebagai 'tanda' kasih antara suami isteri, tapi dah ditetapkan yang kita belum ada rezeki, terima aje lah... redha dan berserah... cuba fikirkan, katalah Tuhan masih belum mahu memberi rezeki anak kat kita utk 10 tahun pertama perkahwinan, tapi kita masih menyalahkan takdir dan keadaan, tiba2 belum cukup 10 tahun, kita dikurniakan anak.. dan ditakdirkan juga anak tu tidak menjadi seperti yang kita harapkan, sape yg perlu kita salahkan?? sedarlah kita yang Tuhan itu Maha Mengetahui... alhamdulillah, aku menyedari bahawa walaupun aku masih belum dikurniakan anak, tapi aku bahagia.. aku boleh dapat apa yang aku nak sekadar termampu.. aku nak jenjalan ke mana pun, alhamdulillah aku boleh sampai.. tapi, adakah org yang dikurniakan rezeki anak ramai atau sikit boleh kecapi kebahagiaan mcm yg aku lalui? x semua boleh kan?? ini adalah kerana, aku ada kelebihan yang org lain tiada dan org lain itu juga ada kelebihan yang aku takde.... hmmm... fair n square lah kan... cuba bayankan kalau semua org ada kelebihan yang sama... bosan lah hidup.... tul x??

Berbalik kepada cite tentang sahabat tadi nih, kalaulah dia merasakan yang kewujudan aku kembali sekadar 'mengganggu gugat' rumahtangga dia, aku mohon maaf sgt2.. aku x de niat pun nak kacau rumahtangga dia.. cuma, jgn lah terus mendiamkan diri tanpa sebarang penjelasan tup2 sahabat lain pulak yang 'menjelaskan' segalanya.. aku akui, aku amat2 tersentuh hati dgn keadaan ini.. kalau penjelasan ini dtg dari mulut sahabat itu sendiri, aku x kisah.. ok fine.. aku boleh 'menghilangkan' diri terus dari hidup dia.. x perlu penjelasan panjang lebar, cukup sekadar 'ok lah, aku harap hang x kontek aku lagi dah.. aku xnak wife aku salah tafsir yang bukan2..' cukup... itu pun sudah memadai kerana aku bukannya blur pun, aku bukan budak2 lg yg x boleh memahami ayat simple camtu kan... tp bukannya dari mulut org lain... aku sgt sedih...

Di sinilah letaknya nilai kejujuran dlm sesebuah rumahtangga. Jika dari awal lagi si sahabat ni telah menjelaskan kedudukan sebenar kat pasangan dia, dah tentu perkara ini tidak menjadi sebegini. Aku? aku cite kat syg aku tentang apa saja yang berlaku seharian.. siapa kawan aku.. siapa musuh aku.. (ader ke??), pendek kata, he knows everything i'm doing.. dan syg aku juga tahu kewujudan sahabat aku nih dan dia juga tahu yang aku ada call / sms sahabat nih... tapi, alhamdulillah, xde pulak dia jadikan perkara ini satu perkara yang sgt serius yg boleh mengganggu gurat rumahtangga kami... kenapa??? kerana dia tahu akan hatiku.. dia tahu yg hati ku hanya utk dirinya sahaja.. dan dia tahu kedudukan dia di hatiku... walaupun aku ada beribu org sahabat berlainan jantina sekalipun, tapi, kesemuanya dia mengenali, walau tidak pernah bertemu, tapi, dia tahu kewujudan sahabat itu dlm senarai sahabat aku.. inilah yang dinamakan 'kejujuran dan keikhlasan'... jika kite berselindung tentang sesuatu perkara dari pasangan hidup kita, mcm ni lah jadinya... 'salah tafsir' memanjang... syak wasangka yang bukan2 aje sering bermain di fikiran.. cane nak senang hidup?? cane nak bahagia?? dlm melayari bahtera rumahtangga, kita kene lah ada tolak ansur, saling percaya mempercayai dan jujur dlm setiap perbuatan barulah boleh hidup tenang dan bahagia.. sikit2 salah faham tu adat lah... perkara biasa dlm umahtangga.. tp tidaklah smpi nak memanjangkan cite...

Tapi xpe... itu hak dia... dan jika dia membaca blog aku nih, aku memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap sepanjang persahabatan kita nih aku ada terbuat silap yg disengajakan atau pun tidak disengajakan.. dan dari saat aku dan sahabat sorang lg memutuskan talian, dari saat itu jugalah aku telah memutuskan untuk tidak mempunyai apa2 connection lagi dengan semua yang berkaitan. Nama dan nombor telefon anda semua juga telah tiada dalam simpanan aku.. doa terakhir aku untuk kalian semua - moga-moga kehidupan anda diberkati dan berbahagialah selalu.. aminnn....


Apa Kata Hati?~ Ya Allah, Kau lindungilah rumahtanggaku dari Syaitan yang durjana dan kekalkan kebahagiaan ini dlm rumahtanggaku... aminnnn....

No comments: