Tuhan ciptakan setiap kejadian manusia nih berbeza2.... X semua org baik, X semua org jahat.. dan tiada sorang pun yg sempurna kejadiannya melainkan Nabi... bila kita menyedari dan mengakui akan kebenaran ini, insyaallah, tidak akan timbul perkara2 ataupun perasaan2 yang x bagus sesama insan..
Tidak dinafikan juga, setiap manusia, tidak terkecuali ada terselit rasa cemburu antara satu sama lain.. sifat cemburu nih ada dua kategori, positif dan negatif.. Bagi aku, x salah kalau kita ada sifat cemburu dlm diri tapi dgn syarat, cemburu yang positif.. cane?? gini.... cuba jadikan apa yg kita cemburui kat org lain tuh sbg satu matlamat ataupun sebagai satu azam untuk kita cuba mencapai kejayaan yang sama ataupun mungkin lebih lagi... jgn pulak bila dah kita cemburu akan kejayaan seseorg tuh dan kita berusaha untuk menjatuhkan nya dgn apa cara sekalipun..... ini amatlah tidak bagusnyer.... adakah kita akan rasa puas hati dgn menjatuhkan org lain?? adakah kita akan bahagia melihat penderitaan org itu atas perbuatan kita?? jika jawapannya YA, makhluk jenis apakah diri anda??
Aku pun tidak terkecuali, mempunyai rasa cemburu kat org lain.. x kira lah, cemburu akan kelebihan yang org lain ada, cemburu akan kejayaan yang dikecapi dan mcm2 lagi... tapi setakat nih, alhamdulillah, aku xde pulak rasa nak jatuhkan org yg aku cemburui tuh.. malah aku jadikan ianya penyuntik semangat aku untuk berusaha lebih gigih lagi untuk aku pun sekurang2nya capai benda yang sama dan kalau boleh, lebih lagi.. dan aku selalu berdoa kat Tuhan kekalkan lah sifat aku yg satu nih... sbbnye, aku rasa puas sgt.... puas sbb dgn berkat hasil usaha gigih aku berbaloi bila aku dpt capai apa yg aku inginkan... yg paling penting, kejayaan aku bukan atas kejatuhan org lain... iye la... apa guna kalau kita capai kejayaan, tp at the same time, org lain asyik berdoa yang buruk utk kita.... dpt bertahan kah kejayaan tuh?? bila aku dpt apa yang aku nak dgn hasil usaha sendiri, bermakna aku x kacau hidup sapa2 dan sapa2 pun xkan kacau hidup aku..... bermakna, kebahagiaan yang aku miliki akan kekal insyaallah sepanjang hayat..... aminnn.....
Tentu ada di antara kita yang mencemburui kehidupan Dato' Siti Nurhaliza.... Beliau sorang yang cantik, kaya, mempunyai suara yang amat merdu dan mcm2 lagi.... ramai jugak yang berlumba2 nak jadi macam dia.... tapi, tidakkah kita fikirkan, bahawa kehidupan kita lebih baik dari dia? walaupun pendapatan kita mungkin kurang dari separuh daripada pendapatan beliau?? memang Tuhan telah berikan kehidupan yang mewah dan masyhur kepada beliau, tapi kita nih, walaupun kehidupan ala kadar je, tapi hidup kita aman tenteram.. adakah beliau mendapat ketenangan hidup dan kebebasan menjalani kehidupan macam kita?? setiap langkah beliau ada saja org perhatikan.. jika tersilap sikit pun akan jadi buah mulut satu Malaysia.. tapi kita, apa yang kita nak buat, apa yg kita nak beli, apa yg kita nak makan, itu terpulang pada kita.... tidakkah kita mensyukuri nikmat itu?? Alhamdulillah.... bersyukurlah dgn apa yg kita ada.. kerana Tuhan Maha Mengetahui akan setiap ketentuanNya ke atas setiap hambaNya...
Oleh itu, jalanilah hidup kita dgn cara kita sendiri dan biarkan org lain dgn cara hidup nya.... Hormatilah kehidupan org lain sebagaimana kita hormati kehidupan kita.. Insyaallah, hidup kita akan lebih aman dan tenang..
Apa Kata Hati?~ Syukur Ya Allah dgn kurniaan Mu kepadaku..... Alhamdulillah...
2 comments:
hurmmm...
terasa betapa kerdil nyer hakuu!!
nak nanges ni...
tangisan keinsafan.... xpe... teruskan....
Post a Comment