Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 28, 2008

Kursus di HUSM, Kelantan

Hari Ahad yang lepas, PPSK telah mengajurkan satu kursus di HUSM, Kelantan.. rombongan dgn bas usm telah berangkat pada petang jumaat lagi... sbb mereka ada agenda shopping pada hari sabtu tu.... tapi aku ngan member opis nih pegi naik kete sendiri... kami bertolak pada pagi sabtu tu.... pada mulanya, syg aku ikut sama... tapi last minute setelah 'angin sepoi sepoi bahasa' dia tu mai, ditambah pulak ada meeting urgent hari ahad tuh, maka beliau tidak mengikut bersama... makanya, aku sorang je la pegi ngan faezah ngan asben dia, dan anak dia....kami bertolak dalam kul 11 pagi dan tiba di kelantan pada jam 5 petang... dan mood aku dah sah2 x bagus dan segala sms dan call dari syg aku telah dijawab dgn cara acuh tak acuh oleh diriku... hehehheheh merajuk + marah la tuh.....

Malam itu, rombongan bas nak pegi menyoppingkan diri ke Wakaf Che Yeh dan aku dan faezah sefamily tidak larat nak mengikut mereka maka kami hanya terbungkang atas katil dlm bilik melayan badan yg letih dan mata yg ngantuk.... pastu aku terkenangkan rakan seketawaku iaitu cik jumie aka cik zumie yg akan tiba dari penang dengan menaiki bas express pada pukul 2 pagi... dan aku telah mengajak cik jumie dok sebilik ngan aku.... kul 2 pagi lebih rasanya, beliau telah mengetuk bilik ku dan apabila ku buka pintu, beliau menyanyikan "Selamat pagi cikgu" dgn intonasi upin & ipin di dlm kelas... aku pun tersengih seketika dan terus menyambung pertiduran aku yg amat nyenyak td.... beliau pun sama....

Ahad pagi, kul 7.30 pagi kami bersarapan di hotel dan terus menaiki bas ke HUSM untuk berkursus.... ni la first time bagi aku dan beberapa rakan sekerja yg lain menjejakkan kami ke HUSM dan USM Kubang Kerian... Kami pun berkursus dgn penuh tekun dan segalanya tamat pada pukul 5 petang... selepas itu, kami menaiki bas untuk balik ke hotel kerana pada malam itu kami telah merancang untuk keluar makan beramai2...

Sampai je kat hotel, aku dan cik jumie telah menidurkan diri dlm waktu hanya satu jam... letih sgt la.... bangun je, terus siap2 dan turun menaiki bas... kami telah dibawa ke satu tempat (food court) x tau la kat mana, ada pasar malam yg menjual sungguh banyak tudung yg bermacam2 jenis kaler, bermacam2 jenis batu, bermacam2 saiz batu dan bermacam2 bentuk batu dok ada... hmmm... batu jalan dan batu ladung je xde... hehehhehehhehe.... dlm perjalanan nak ke food court tuh melalui pasar malam, xde satu benda pun yg menarik perhatian... smpi kat food court tuh, kami dah rambang mata sbb byk sgt makanan yg byk jugak yg kami x pernah tgk pun.... aku oder nasi goreng biasa ngan sup campur... sedappp.... kengkawan lain ada yg membeli laksam, somtam, colek dan mcm2 lg... hmm... penuh perut... sengkak beb.... tp puas hati la... sbb harga nya berpatutan...

selepas makan, kami kembali melalui pasar malam tersebut dgn harapan ada la yg aku berkenan di hati untuk dibeli... tapi hampa... aku x berkenan satu apa pun... maybe sbb letih sgt kot... dan dipenghujung gerai, aku dan cik jumie tertarik untuk membeli sesuatu... nak tahu aper?? kami telah membeli sorang dua helai boxer... hehheheheh.... aku membeli utk syg aku... dan cik jumie membeli untuk buah hati beliau.... daripada xde benda yg dibeli, at least ada jugak la yg kami beli... hehehhehehhe... lepas tuh, terus naik bas balik hotel dan sambung agenda tido... hehhehehehheh....

Isnin pagi, selepas bersarapan, kami bertolak balik.... aku dan faezah singgah di satu gerai menjual keropok.. aku beli keropok lekor dan sos cicah.. faezah pun sama.. kami berdua xde la membeli byk sgt sbb masing2 maleh nak dgr leteran oleh suami masing2 nanti... pastu kami terus bertolak balik..... sampai kat Bukit Bunga, kami berhenti dan di sinilah mood membeli aku dah kembali... hehehhehe... aku beli Narita (King Size = RM42 jer... bagi aku sgt murah...), 2 helai buaian tali, baju lobang2 utk syg aku, kaftan batek utk aku, 3 helai tudung utk aku, tikar, buah longan, buah salak dan a few lg benda kecik2.... tu pun aku dah control sbb kete faezah tidak membenarkan aku membeli byk2 sgt sbb x muat nanti.... hehehhehehehheh.... maka selepas itu, kami bertolak balik dgn aman damai....

Kami sampai umah kul 4 petang... tapi syg aku xde kat umah... beliau bekerja... dan apabila beliau tahu aku telah sampai di rumah, beliau dgn kelam kabut nye nak sudahkan keje dan balik umah... sampai je kat umah, syg aku x henti2 dok peluk, dok pegang tangan, dok kiss, dia kata "syg... rindu la... sunyi la dok sorang2 syg xde...' dan itu lah masanya aku membalas paku buah keras kepada beliau 'ha.. lain kali xyah la ikut lg.... ' syg aku jwb.. 'xnak dah... lain kali nak ikut.. x mau dok sorang dah...'.... hehehhehehhe... baru la beliau tahu.... dan weekend ini, aku ada bengkel APEX kat hotel gurney, dan aku telah menyuruh beliau dok kat umah jer, tp beliau nak ikut jugak jugak.... hehehhehehheheh..... tak nak dah kene tinggal.... sbnrnya, aku pun rindu jugak... rindu bangat.... tapi nak wat cane, dah masing2 ada komitmen keje... tp sesekali berpisah, rindu semakin berganda2.... best wooooo..... nanti aku update lg beserta gambar2 sekitar kursus dan jenjalan k....


Apa Kata Hati?~ sesekali pegi kursus sorang2 ngan geng2 bujangan (yg memang bujang dan yg x bawak suami) BEST jugak...!!! hehehhehehehehheheh

Thursday, October 23, 2008

Jamuan Raya Persatuan Wanita USM



Tadi, aku ngan kengkawan opis pegi ke jamuan raya PWUSM bertempat di Verandah Cafe.... majlis bermula jam 12 tghari tapi kami pegi kul 1.... ye la... masing2 bz ngan urusan masing2 tu yg terlambat pegi tuh.... smpi je, kami terus makan apa yg ada je la... sate, nasi impit, ais kacang ngan nasi goreng... yg lain2 kami x pegi amik dah sbb yg kami makan tu pun dah kenyang... cukup kenyang... erkkk... alhamdulillah....


Lepas jamuan tuh, kami ngikut tukang bawak kete a.k.a. Ms Jumie pegi ke Maybank sambil la membawa kedua2 ibu mengandung kat blkg... ghupa2nya dorang berdua kat blkg tuh tgh menikmati ais kacang yg ditapau masa nak balik td tuh.... Ms Jumie pulak x perasan yg dorang tgh memakan ais kacang dlm kete dia... dah tu dia pun membelok kete ala2 pelumba F1 membelok... maka kedua org ibu ngandung kat blkg tuh pun sibuk la menyelamatkan mangkuk2 ais kacang dorang tuh sambil menjerit mintak Ms Jumie perlahankan kelajuan kereta dia... hahahhahah.... riuh rendah sekejap jadinya dlm kete ngan gelak ketawa kami 4 org.... hehehhehehhe..... lawak... lawak.....

Apa Kata Hati?~ Macam Macam la..........

Wednesday, October 22, 2008

-No TITLE -

Semlm... aku menerima satu panggilan telefon dari kawan lama.. dan aku amat tersentuh hati dgn kata2nya sepanjang perbualan semlm.. Inilah yang dikatakan 'salah tafsir'... walaupun kita ni diberi status 'kawan baik' or 'kawan rapat' or 'kawan PALING rapat' pun, ketahuilah kenyataannya bahawa x semua benda yg berlaku/dialami oleh partner kita yg rapat sgt tuh kita boleh tahu... walaupun berpuluh tahun bersama lalui suka duka kehidupan, x bermakna kita ni 100% faham akan kemahuan/tindakan/fikiran/pandangan kawan kita tu.... ada sesetengah benda yg kita alami, tapi ianya hanyalah untuk 'simpanan' diri kita sendiri, yg kita rasa x patut dan x perlu pun org lain tahu walaupun kawan baik/rapat/paling rapat kita sendiri....

Hmmm... dlm entry aku terdahulu, aku pernah bercerita tetang seseorang yg aku pernah lukakan hatinya dan skg ni kami berhubungan kembali kan... tapi, hubungan kami sekarang ini tidak lebih dari seorang 'sahabat'... tidak terdetik walau sekelumit pun perasaan cinta atau sayang utk dirinya mcm dulu... TIDAK ADA!!.. hati aku, cinta aku, sayang aku dan hidup aku hanyalah untuk suamiku seorang sahaja.. tiada dua, tiada tiga... tapi, kenapakah kewujudan aku telah disalah tafsirkan?? salah kah kalau aku sekadar menjalin semula ikatan persahabatan? aku x pernah ada rasa nak menggugat rumahtangga sesiapa pun.. malah, aku dgn sahabat itu pernah terfikir untuk kluar bertemu dgn membawa pasangan hidup masing2... tapi kenapakah aku masih lg disalah tafsirkan??

Salahkah untuk bertanya khabar ttg sahabat kita?? aku tahu, aku xperlu nak jaga 'khabar' dia pun sbb pasangan hidup dia dah tentu menjaga khabar dia.. aku tahu kenyataan tuh, dan aku x pernah pun rasa nak 'terlalu menjaga' khabar sahabat tu... lebih baik aku menjaga khabar suamiku.... tapi, kita ni org melayu, yg kaya dgn adat dan budi bahasa, bila dah lama x mendengar khabar, dah tentu kita 'bertanya khabar'... sekadar 'berbahasa'.... adakah itu pun menjadi kesalahan??

Dan lagi, aku hairan, kenapakah di zaman yg moden dan rata2 makhluk Tuhan di muka bumi ni berpelajaran - kalau x tinggi pun masih berpelajaran.. tapi mentaliti sgt rendah.. kenapa?? kenapa perlu dijadikan rezeki/anugerah Tuhan iaitu 'anak' sebagai subjek untuk dipermain-mainkan? Dah kawin lama even 10 tahun pun kalau Tuhan masih belum berkehendakkan kita dikurniakan anak, boleh kah kita melawan ketentuan tu? haruskah kita punya rasa marah? rasa rendah diri? rasa terasing?? tidakkah itu namanya marahkan Pencipta kita? Astargfirullahalazim... jgn la kita tergolong dalam makluk Tuhan yang tidak tahu mensyukuri apa yg telah diberikan.. kalau lah kita anggap benda nih negative, dah tentu hidup kita x keruan dan sering dilanda kemurungan... cubalah kita amik subjek 'anak' ni sebagai satu yang positif, for sure, hidup kita akan aman tenteram hinggalah saat itu tiba.. cubalah terapkan dlm diri bahawa Tuhan lebih mengetahui kenapa kita ni belum dikurniakan anak.. insyaallah, jika Dia berkehendakkan, lambat laun akan ada la rezeki tu... cuma teruskan berusaha, bersabar dan bertawakkal kepadaNya...

Cuma jgn lah sesekali kita jadikan 'takde anak' sebagai satu faktor keruntuhan rumahtangga... memagn semua org yg berkahwin dambakan anak sebagai penyeri dan sebagai 'tanda' kasih antara suami isteri, tapi dah ditetapkan yang kita belum ada rezeki, terima aje lah... redha dan berserah... cuba fikirkan, katalah Tuhan masih belum mahu memberi rezeki anak kat kita utk 10 tahun pertama perkahwinan, tapi kita masih menyalahkan takdir dan keadaan, tiba2 belum cukup 10 tahun, kita dikurniakan anak.. dan ditakdirkan juga anak tu tidak menjadi seperti yang kita harapkan, sape yg perlu kita salahkan?? sedarlah kita yang Tuhan itu Maha Mengetahui... alhamdulillah, aku menyedari bahawa walaupun aku masih belum dikurniakan anak, tapi aku bahagia.. aku boleh dapat apa yang aku nak sekadar termampu.. aku nak jenjalan ke mana pun, alhamdulillah aku boleh sampai.. tapi, adakah org yang dikurniakan rezeki anak ramai atau sikit boleh kecapi kebahagiaan mcm yg aku lalui? x semua boleh kan?? ini adalah kerana, aku ada kelebihan yang org lain tiada dan org lain itu juga ada kelebihan yang aku takde.... hmmm... fair n square lah kan... cuba bayankan kalau semua org ada kelebihan yang sama... bosan lah hidup.... tul x??

Berbalik kepada cite tentang sahabat tadi nih, kalaulah dia merasakan yang kewujudan aku kembali sekadar 'mengganggu gugat' rumahtangga dia, aku mohon maaf sgt2.. aku x de niat pun nak kacau rumahtangga dia.. cuma, jgn lah terus mendiamkan diri tanpa sebarang penjelasan tup2 sahabat lain pulak yang 'menjelaskan' segalanya.. aku akui, aku amat2 tersentuh hati dgn keadaan ini.. kalau penjelasan ini dtg dari mulut sahabat itu sendiri, aku x kisah.. ok fine.. aku boleh 'menghilangkan' diri terus dari hidup dia.. x perlu penjelasan panjang lebar, cukup sekadar 'ok lah, aku harap hang x kontek aku lagi dah.. aku xnak wife aku salah tafsir yang bukan2..' cukup... itu pun sudah memadai kerana aku bukannya blur pun, aku bukan budak2 lg yg x boleh memahami ayat simple camtu kan... tp bukannya dari mulut org lain... aku sgt sedih...

Di sinilah letaknya nilai kejujuran dlm sesebuah rumahtangga. Jika dari awal lagi si sahabat ni telah menjelaskan kedudukan sebenar kat pasangan dia, dah tentu perkara ini tidak menjadi sebegini. Aku? aku cite kat syg aku tentang apa saja yang berlaku seharian.. siapa kawan aku.. siapa musuh aku.. (ader ke??), pendek kata, he knows everything i'm doing.. dan syg aku juga tahu kewujudan sahabat aku nih dan dia juga tahu yang aku ada call / sms sahabat nih... tapi, alhamdulillah, xde pulak dia jadikan perkara ini satu perkara yang sgt serius yg boleh mengganggu gurat rumahtangga kami... kenapa??? kerana dia tahu akan hatiku.. dia tahu yg hati ku hanya utk dirinya sahaja.. dan dia tahu kedudukan dia di hatiku... walaupun aku ada beribu org sahabat berlainan jantina sekalipun, tapi, kesemuanya dia mengenali, walau tidak pernah bertemu, tapi, dia tahu kewujudan sahabat itu dlm senarai sahabat aku.. inilah yang dinamakan 'kejujuran dan keikhlasan'... jika kite berselindung tentang sesuatu perkara dari pasangan hidup kita, mcm ni lah jadinya... 'salah tafsir' memanjang... syak wasangka yang bukan2 aje sering bermain di fikiran.. cane nak senang hidup?? cane nak bahagia?? dlm melayari bahtera rumahtangga, kita kene lah ada tolak ansur, saling percaya mempercayai dan jujur dlm setiap perbuatan barulah boleh hidup tenang dan bahagia.. sikit2 salah faham tu adat lah... perkara biasa dlm umahtangga.. tp tidaklah smpi nak memanjangkan cite...

Tapi xpe... itu hak dia... dan jika dia membaca blog aku nih, aku memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap sepanjang persahabatan kita nih aku ada terbuat silap yg disengajakan atau pun tidak disengajakan.. dan dari saat aku dan sahabat sorang lg memutuskan talian, dari saat itu jugalah aku telah memutuskan untuk tidak mempunyai apa2 connection lagi dengan semua yang berkaitan. Nama dan nombor telefon anda semua juga telah tiada dalam simpanan aku.. doa terakhir aku untuk kalian semua - moga-moga kehidupan anda diberkati dan berbahagialah selalu.. aminnn....


Apa Kata Hati?~ Ya Allah, Kau lindungilah rumahtanggaku dari Syaitan yang durjana dan kekalkan kebahagiaan ini dlm rumahtanggaku... aminnnn....

Monday, October 20, 2008

Ronda Ronda Hari Minggu

Hari sabtu ari tuh, aku dan syg aku ngemas umah.... kemas apa yg patut dulu la... sbb nak pindah kan... seharian xde mende sgt la....

Hari Ahad, bangun tido dah kul 9 pg.. pastu syg aku ajak g ronda2... dia dok soh aku ckp nak pegi mana, dia nak bawakkan... aku blur... x tau nak pegi mana... tau2 syg aku kasik idea dia nak bawak aku pegi Padang Besar, Perlis... aku ckp nanti letih, sbb jauh sgt... then, syg aku kata, jom pegi bukit kayu hitam... hahahhaha... terus la kami berdua meronda smpi ke sana.... hehheheh.... xde beli aper pun... sbb xde byk benda yg menarik perhatian pun... aku ingat nak beli perfume, tp syg aku kata mcm x ori jer... then, kami jenjalan beli coklat dan makanan ringan, masa nak bayar tuh, aku pun bertanya la kat cashier tuh, dia pun senyum dan jawab 'x tahu la kak, ori ke tidak'... tp aku tgk gaya dia mcm perfume tu x ori jer.... hmmm... sib baik x beli... hehehehhe... then, mata aku terpaku kat satu beg pakaian yg besar... aku rasa cukup kot kalau nak balik kpg seminggu punya baju pack dlm beg tuh.... belek punya belek, tgk harga dia cuma RM159.00 jer... aku pun terus amik la setelah mendapat green light dr syg aku... bila nak bayar, budak cashier tu ckp, 'RM66.30 je kak'.... aku terkejut, aku soh dia scan balik, aku kata 'adik salah kot??' tau2 budak tu ckp, beg tu tgh offer 40% less... tu yg harga dia tinggal RM60 lebih jer... aku pun sgt lah bersukacita dan bersukahati nyer dpt membeli beg dgn harga yg sgt2 murah.... berbaloi u....

Lepas membeli sedikit sebanyak ole2 kat situ, terus balik dan singgah umah MIL pulak jap.. nak tgk dah ok ke idak ke.... sbb masa raya ari tuh dia x sihat lg... dan alhamdulillah, dia dah ok.. dah sihat skett dan dah boleh wat keje umah dah pun.... aku dera abg ipar aku soh amik air kelapa muda kat aku hehehheheh... walaupun dia dok berleter sbb aku x soh suami kesayangan aku yg buat yakni adik dia, tp dia tetap buat jugak utk aku... hehheheh.... dok jap, dlm kul 6 ptg kami pun bertolak balik ke penang pulak....

Smpi umah jer, aku terus main game yg dibeli oleh syg aku utk aku.... pastu terus tertido dah... letih beb... jauh sgt meronda... hehehhehe... yg penting, sgt best sbb hari minggu aku bersama2 suami tersyg terisi dgn aktiviti berdua....


Apa Kata Hati?~ Alhamdulillah aku dikurniai seorang suami yg sgt memahami dan menyayangi aku selalu.... aminnn...

Friday, October 17, 2008

Cite Projek Mingguan..

Sepatutnyer, hari ni smpi ahad nih, aku ngikut boss aku g cameron highland... dorang ada bengkel kat sana, aku gatei nak ikut... dia ok jer.... tapi last minute, syg aku lak kata xnak pegi sbb hanya minggu ni je yg kami ada masa nak packing barang nak pindah umah next month.... betul jugak tuh... kalau nak harap hari2 biasa ni je yg nak ngemas, alamatnyer, x terkemas la barang2.... dah alang2 syg aku dah amik cuti sabtu ahad nih, dia kata nak kemas umah besar2an, so, aku pun ok jer la.... lgpun, baru lg pegi cameron... nanti2 pun boleh pegi lg... no problem....

Next week pulak, kene pegi kelantan... ada kursus satu hari kat USM kubang kerian... rombongan opis aku pegi jumaat petang, sabtu tuh dorang shopping, ahad tu kursus, isnin baru balik mai penang.... tp aku maleh nak pegi awal2 so, aku pegi ngan syg aku ari sabtu tuh, ahad kursus then, early morning Isnin tuh balik mai penang.... biasa la... aku ni mana leh berenggang ngan syg aku tuh... kemana aku pegi sure aku angkut dia sama... hahahahhaha.... kene bayar difference harga bilik tuh pun bayar la.. asalkan syg aku bersama ngan aku... ha... lepas minggu ke kelantan tuh, minggu selepas tuh pulak ada bengkel APEX kat hotel Gurney... sib baik penang jer.... tp minggu tu jugak la nak pindah pun...aduh... byk nye keje... tension i..... bengkel nih pun aku mintak satu bilik jugak, kene bayar sendiri la.. x kisah... asalkan syg aku ada ngan aku... hehehhehe... jadinyer, dia pegi keje dari hotel la utk 3 hari tuh.... hehheheheh....

ari ahad 2hb november tuh, lepas check out dr hotel, aku rasa aku akan terus ke umah baru tu nanti nak cuci umah.... pastu hari2 biasa pun dah boleh angkut barang2 yg ringan2 masuk umah dulu kan.... so nanti, xde la byk brg sgt dah nak angkut ngan lori.... hmmm..... x sabar pulak nak pindah... huhuhuhuhuhuhu.... tp penat giler oooooiiiii....


Apa Kata Hati?~ biar penat asalkan aku leh berjimat minyak kete... huhuhuhuhuhuhu

Wednesday, October 15, 2008

E-ro-plane...


Aku: Sayang... kite teringin la nak naik kapal terbang... jom kite naik nak?? Kite terbang la pegi langkawi ker... KL ker... Singapore ke... Sarawak ker... nak??

Syg: naik kapal terbang?? eeeeee.... x ndak ler.... takutt... kang dibuatnye terhempas, berkecai badan... x ndak la mati cenggitu... ngeri.. ngeri....

Aku: hehehheheheh..... masalahnyer, kite teringin jer.. tapi takut nak naik jugak... cane??

Syg: Syg naik kapal terbang lain je la.... ok... kite buatkan kapal terbang kertas kat syg, syg naik la... nak??

Aku: erkkk???!!!! best nyer idea... drpd naik kapal terbang kertas tuh, baik kite naik syg jer... hehehehhehe (conversation seterusnyer terpaksa dipotong sbb takut mengganggu sensitiviti masyarakat blogger lain... huhuhuhuhu)


Gitu le conversation pendek antara aku ngan syg aku di suatu petang tu... Aku ni kalau ikutkan keinginan hati tuh, rasa cam nakkkkk sgt naik kapal terbang... tapi aku ni penakut tahap kerengge... x tau la.. mcm2 yg aku pk kan bila tgk kapal terbang.... rupa2nya syg aku pun camtu gak... hahahahha... memang sehati sejiwa la kami laki bini nih....


Apa Kata Hati?~ Kapal terbang xde tiang or tali... tu yg takut tu.... hehehhehehhe... (ade ke??)

Futsal @ Bola Bola



Semalam, aku ngikut syg aku pegi main futsal ngan geng2 kilang dia kat Bola Bola, Mak Mandin.. setelah mereka berehat agak lama, baru mereka memulakan kembali aktiviti bermain futsal nih... dorang akan main setiap Selasa jam 9 atau 10 mlm... selalunya, syg aku akan ajak aku pegi sama dan aku dgn sukacita dan sukahatinye mengikut je dia.... jd tukang bawak towel ngan air mineral... hehehheheh..... tapi semlm, aku syok tgk dorang main futsal... semlm cuma main utk keluarkan peluh setelah sekian lama x main futsal... lawak... masing2 mcm budak2 baru jumpa playground... yg paling lawak syg aku la.... selepas2 dia dah kene pakai spec nih, semlm la game futsal pertama dia... dan masa bermain dah sah2 dia x pakai spec takut nanti spec jatuh dan pecah... dah la dia main kat position keeper... bola ke lain, ke lain pulak yg dia cekup... hehehheheheh.... sgt lawak syg aku tuh.... dia sendiri asyik gelak ajer sepanjang permainan... dia kata x nampak bola tu betul2 cuma nampak hitam je yg dtg pastu dia cekup aje la... rupa2nya cekup rumput jer.... hehehheheheh..... apa2 pun, aku enjoy tgk syg aku enjoy....

Apa Kata Hati?~ Aku jadi pemerhati dan tukang gelak... hehehehhehe

Tuesday, October 14, 2008

Karenah Manusia

Tuhan ciptakan setiap kejadian manusia nih berbeza2.... X semua org baik, X semua org jahat.. dan tiada sorang pun yg sempurna kejadiannya melainkan Nabi... bila kita menyedari dan mengakui akan kebenaran ini, insyaallah, tidak akan timbul perkara2 ataupun perasaan2 yang x bagus sesama insan..

Tidak dinafikan juga, setiap manusia, tidak terkecuali ada terselit rasa cemburu antara satu sama lain.. sifat cemburu nih ada dua kategori, positif dan negatif.. Bagi aku, x salah kalau kita ada sifat cemburu dlm diri tapi dgn syarat, cemburu yang positif.. cane?? gini.... cuba jadikan apa yg kita cemburui kat org lain tuh sbg satu matlamat ataupun sebagai satu azam untuk kita cuba mencapai kejayaan yang sama ataupun mungkin lebih lagi... jgn pulak bila dah kita cemburu akan kejayaan seseorg tuh dan kita berusaha untuk menjatuhkan nya dgn apa cara sekalipun..... ini amatlah tidak bagusnyer.... adakah kita akan rasa puas hati dgn menjatuhkan org lain?? adakah kita akan bahagia melihat penderitaan org itu atas perbuatan kita?? jika jawapannya YA, makhluk jenis apakah diri anda??

Aku pun tidak terkecuali, mempunyai rasa cemburu kat org lain.. x kira lah, cemburu akan kelebihan yang org lain ada, cemburu akan kejayaan yang dikecapi dan mcm2 lagi... tapi setakat nih, alhamdulillah, aku xde pulak rasa nak jatuhkan org yg aku cemburui tuh.. malah aku jadikan ianya penyuntik semangat aku untuk berusaha lebih gigih lagi untuk aku pun sekurang2nya capai benda yang sama dan kalau boleh, lebih lagi.. dan aku selalu berdoa kat Tuhan kekalkan lah sifat aku yg satu nih... sbbnye, aku rasa puas sgt.... puas sbb dgn berkat hasil usaha gigih aku berbaloi bila aku dpt capai apa yg aku inginkan... yg paling penting, kejayaan aku bukan atas kejatuhan org lain... iye la... apa guna kalau kita capai kejayaan, tp at the same time, org lain asyik berdoa yang buruk utk kita.... dpt bertahan kah kejayaan tuh?? bila aku dpt apa yang aku nak dgn hasil usaha sendiri, bermakna aku x kacau hidup sapa2 dan sapa2 pun xkan kacau hidup aku..... bermakna, kebahagiaan yang aku miliki akan kekal insyaallah sepanjang hayat..... aminnn.....

Tentu ada di antara kita yang mencemburui kehidupan Dato' Siti Nurhaliza.... Beliau sorang yang cantik, kaya, mempunyai suara yang amat merdu dan mcm2 lagi.... ramai jugak yang berlumba2 nak jadi macam dia.... tapi, tidakkah kita fikirkan, bahawa kehidupan kita lebih baik dari dia? walaupun pendapatan kita mungkin kurang dari separuh daripada pendapatan beliau?? memang Tuhan telah berikan kehidupan yang mewah dan masyhur kepada beliau, tapi kita nih, walaupun kehidupan ala kadar je, tapi hidup kita aman tenteram.. adakah beliau mendapat ketenangan hidup dan kebebasan menjalani kehidupan macam kita?? setiap langkah beliau ada saja org perhatikan.. jika tersilap sikit pun akan jadi buah mulut satu Malaysia.. tapi kita, apa yang kita nak buat, apa yg kita nak beli, apa yg kita nak makan, itu terpulang pada kita.... tidakkah kita mensyukuri nikmat itu?? Alhamdulillah.... bersyukurlah dgn apa yg kita ada.. kerana Tuhan Maha Mengetahui akan setiap ketentuanNya ke atas setiap hambaNya...

Oleh itu, jalanilah hidup kita dgn cara kita sendiri dan biarkan org lain dgn cara hidup nya.... Hormatilah kehidupan org lain sebagaimana kita hormati kehidupan kita.. Insyaallah, hidup kita akan lebih aman dan tenang..


Apa Kata Hati?~ Syukur Ya Allah dgn kurniaan Mu kepadaku..... Alhamdulillah...

Monday, October 13, 2008

SAYA TAKUT JARUM!!!

Kesahnye bermula gini..... semasa balik kpg aku masa raya kedua tuh, abg ipar aku telah mendemamkan dirinya.... agak teruk jugak la.... then, balik mai penang, syg aku pulak demam selsema.... mcm biasa aku melayan la karenah demam dia tuh.... elok dia baik jer, aku pulak demam... ianya bermula pada petang rabu 8 oktober 2008.... aku dah mula rasa x selesa, nak wat keje pun x leh, rasa panas sejuk dan segala nya... then, pada pukul 4.15 petang, aku dah rasa x terdaya dah, dan mintak kebenaran dr boss aku nak pegi klinik... aku pun pegi klinik dan doktor kata demam skett dan bagi ubat demam biasa ni la.... malam nye aku pun makan ubat dan tido...

esoknye aku bangun tido nak pegi keje, dah rasa demam semula.... rasa lg teruk dr yesterday tuh... tp disebbkan ada keje yg teramat penting aku kene buat awal2 pagi kat opis dan jugak ada meeting, aku gagahkan diri ke opis jugak.... sementara nak tunggu meeting kul 8.30 pg, aku dah semakin teruk demam aku tuh... tapi aku x leh pegi klinik lagi sbb pegawai x kasik pegi lagi dia soh tunggu lps meeting... tp dlm meeting tuh aku x brapa alert dah dgn apa yg dimeetingkan sbb aku rasa mata aku dan mulut aku mcm dah terbakar... berbahang panasnyer.... abih je meeting, dlm kul 10 camtu aku terus ke klinik....

masuk je ke bilik saringan tuh, dorang check aku nye temperature 39.7 dah... terus aku ditahan di wad baru pusat kesihatan.... hmmm... aku dah takut.... ntah la ape yg aku takutkan.... yg paling aku takut, ialah JARUM.... aku takut kene inject..... tau2 nurse dtg dan bgtau yg aku akan di cucuk 2 jarum.... sbb panas aku terlalu tinggi.... aku punya la pujuk nurse tuh kata xa nak cucuk... kasik ubat 10 bijik skali pun aku akan telan... tp tolong la jgn cucuk... agaknye nurse tu kesian kot tgk aku, dia pun pegi la ckp ngan doktor... doktor pun kata ok, kasik ubat jer.... aku telan ubat dan nurse tuh soh rest... tp aku x leh tido.. xtau la nape... rasa x selesa dan rasa berbahang panas kat mata ngan mulut tu masih kuat.... dlm 15 minit camtuh, dorang dtg check temperature aku... tau2 41!!!! terus doktor dtg dan dia kata 'no xcuse, u kene inject jugak.. kalau tidak u akan kene sawan tarik nanti sbb panas makin meningkat'.... ya Allah... aku rasa nak lari balik dah.... tp x daya.... nurse dtg bawak jarum... lama jugak aku nak menenangkan diri sambil pegang tangan nurse tuh x kasik dia cucuk aku... hahahhaha.... memang lawak la karenah aku time tuh... penakut ya amat.... agak2 dlm 10 minit jugak aku berjaya mendelaykan nurse tuh, then, aku terpaksa merelakan diriku di cucuk.... aku tutup muka... dan rupa2nya idok le sakit sgt pun... sikit jer.... tp takut tu yg melampau2... abih selesai dia cucuk ubat demam tuh, tetiba dia kata nak kene amik darah pulak!!! aduhhhh.... lagi skali aku dah kluar peluh jantan betina semua dah kluar.... yg ni sakit la skett... sbb jarum tuh beso skett... memula amik kat lengan tuh, tp dua kali cucuk, xde darah.... dan dia terpaksa cucuk skali lg kat pergelangan tangan pulak sbb kat situ je yg nampak urat darah aku... ha.. yg ni sakit..... selesai semua dorang soh aku rest.... punya la takut jarum last2 aku kene 3 jarum!! padan muka aku... huhuhuhuhu

tapi mata aku still x leh terlelap... sbb masih x selesa... dlm 1/2 jam gitu, nurse dtg check temperature aku... dia kata ok dah, turun skett... tp masih tinggi... dorang soh rest lg.... kul 12 camtu, nurse dtg dan soh aku ke bilik doktor... doktor cite la ttg result ujian darah, dia kata nasib baik xde virus denggi... dia takut aku kene demam denggi jer... alhamdulillah... xde... tp dia kata yg aku memang terkena jangkitan virus tu sbb aku demam agak teruk nih... dia kasik ubat dan mc dua hari... dia soh rest... aku kluar je dr bilik doktor, aku tgk mamu chabi, nik, koko ngan nik (dr sal) dtg nak jenguk aku.... wahhh... aku jd malu.... thanks to all sbb dtg dan sms.... syg jugak korang kat aku kan... hik hik hik....

lepas amik ubat, aku terus ke opis, hantar mc dan amik handbag semua dan terus balik... ubat yg telah diinject td masih ada kesan, so, rasa mcm x brapa demam dah la... lepas aku makan tghari, terus aku makan ubat lg... dan tertido.... hari jumaat tuh pun aku demam jugak lg... dan ari sabtu, aku gagahkan diri pegi ke open house umah boss aku kat seberang jaya.... on the way nak balik tuh, aku dah rasa aku demam balik dah... smpi umah jer, aku terus makan ubat dan sememangnya aku dah demam balik..... hari ahad tuh, syg aku keje pagi ptg sbb cover supervisor sorng lg tuh cuti... so, aku bersendirian kat umah, keje aku makan ubat dan tido je.... dan alhamdulillah... aku dah baik dari demam... cuma batuk aku je masih teruk hingga ke saat aku dok menulis nih.... suara aku??? hmmmm.... ella pun buleh resign xnak jadi ratu rock dah kalau dgr sora aku... huhuhuhuhu.....


dan menurut boss aku, sepanjang ketiadaan aku kat opis, ada byk perkara hot terjadi... ape kah itu?? aku nak kene siasat nih...

Apa Kata Hati?~ hmmm... demam kali ni paling teruk aku rasakan setelah 8 tahun aku demam biasa2 jer... huhuhuhuhu

Monday, October 6, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA KENGKAWAN YANG MENJENGUK2 BLOG AKU NIH..... harap dimaafkan andai ada tersalah silap sepanjang perkenalan kan.....


hmmm... lama aku x hapdet blog aku nih.... bz la katakan..... bz ape pun aku x tau... yg aku tau lg seminggu nak raya tuh aku dah xde mood nak keje apatah lg nak hapdet blog.... hahahhahah......


Kesah raya aku bermula begini..... satu hari sebelum raya tu la aku amat bz tahap impak maksima vs rempit.... huhuhuhuhu.... lepas abih keje kul 1 tuh, (tp aku dah chow awal, kul 12.30 aku dah chow...) terus ke pasaraya beli persiapan utk raya... beli baju raya utk aku, utk syg aku dan jugak utk anak sedara aku yg sorang tuh.... (dah umo 19 tawon dah, tp masih manja... sms aku soh beli baju raya ngan sandal...) cadangan awal tuh, lepas shopping terus nak balik ke Alor Setar (tawon nih turn sana dulu daaa....) tp lepas abih shopping tgk2 jam dah kul 6 petang.... then, aku ckp kat syg aku, kite berbuka dulu la... berbuka kat tesco jer... sbb kedai lain semua dah tutup.... lepas berbuka jer, terus balik umah nak packing baju2, kueh raya n mcm2 lg utk balik kpg... dlm kul 10 camtu baru bertolak dari umah aku nak balik ke alor setar.... aku yg drive sbb syg aku sakit kepala.. kene ujan kan.. so, ok jer....

atas highway tuh, aku tgk syg aku dah tertido, aku tekan ajer la.... kalau kata mlm2 ada speed trap, sure aku dah kene... huhuhuhuhu... kete byk sgt kat highway... agaknya ramai jugak yg balik mlm raya... tp selepas exit sg petani, kete dah berkurangan dah... aku teruskan perjalanan sambil mendengar lagu2 raya kat radio... tetiba, lepas skett dari hentian sebelah gurun, hujan turun maha lebat dgn tidak ada tanda2 titis2 hujan sebelum tuh.... aku panic.... smpi cari wiper x jumpa.... dah la tgh laju giler time tuh.... aku berpandukan kete dpn aku jer... yg sama2 laju td tuh.. dia brek panjang... aku pun brek jugak la blkg dia... rupa2nya, dah 6 bijik kete dpn aku dah xciden.... berderet2 6 bijik kete dah melanggar dan dilanggar... mesti cam aku gak td kan... dok tgh syok layan driving laju tetiba jer hujan turun lebat gilerr smpi x nampak jalan.. dah la tgh malam... sib baik la Tuhan melindungi aku... xde apa2 kejadian buruk berlaku... lepas tuh je, aku terus drive kete ngan berhemah.. 80 km/j jerr... hehheheheh... pastu kene dgr la leteran syg aku kejap... dia kata pantang dia terlelap jap, sure aku tekan giler2 kete... hehehheheh... bukan ape, x sedar la tertekan minyak banyak.. tu sbb kete laju... hehehhe alasannnn....


smpi je kat umah MIL aku jam menunjukkan kul 12 tghmalam... hujan masih lebat... cane nih? barang byk... nak kene jalan skett baru smpi umah MIL.... last2 syg aku kene ulang dua kali la... cian dia kebasahan kene ujan.... selesai mengangkut barang2 semua, aku terus ke dapur... sib baik la abg ipar aku dah tolong rebuskan tulang utk dibuat sup... aku dah pesan soh dia tolong beli tulang rusuk lembu sbb aku nak buat bihun sup.... elok lah dia dah tolong rebus, aku sambung buat sup je la.... siap semua tgk jam dah kul 2 pagi... terus aku tido... esok pagi nye, kul 6 aku dah bangun, panaskan sup, celur bihun dan bahan2 lain... lepas siap buat bihun sup tuh, aku g iron baju pulak, lepas tuh siap2kan letak kueh dlm bekas, potong ketupat baru la aku g mandi... kiranya aku la yg last skali mandi... dah aku sorang jer menantu pompuan yg ada raya kali nih... MIL aku pulak x sihat, so, dia x byk ke dapur.. dia harapkan aku je la... sib baik la menantu dia nih cekap kat dapur... hehehhehe... ampu diri sendiri la pulak... huhuhuhuhu....


Lepas dah siap2, aku dah beraya ngan MIL, BIL dan syg aku, terus ke kubur FIL aku pulak.... then, ke umah BIL aku yg sulung... pastu balik umah MIL dan aku sambung makan ketupat... hehehhehe... sib baik la x ramai sgt bebudak yg dtg.. x la aku letih sgt nak melayan, nak bancuh air, nak sediakan itu ini... dah la aku sengsorang jer.... ptg tuh, BIL aku ajak semua org pegi ke umah SIL aku kat Pendang... tp syg aku kata kami berdua x leh pegi, nak pegi raya umah kawan aku... (sape la kawan aku?? ) tu cuma alasan jer, sbb syg aku malas nak pegi raya ramai2... bising dia rimas katanya... huhuhuhu... then, kami pun kluar la jugak, tp pusing2 kat alor setar jer... pastu dlm kul 8 camtu, balik umah semula....


pagi raya kedua, awal2 pagi aku bangun, jenguk dapur tgk apa yg ada utk sarapan... bihun sup aku dah selesai... licin... tinggal skett je lg dlm semangkuk dua jer.... pastu aku masak nasik, buat sambal telur ngan goreng ikan gelama masam dan siap jer masak, terus aku g mandi... siap2 dan nak balik umah mak aku pulak.... kami bertolak dlm kul 11 pagi.. singgah umah SIL aku sbb suami dia x sihat.. lepas tuh terus balik umah mak aku... smpi jer, aku terus menghidangkan utk diri aku dan syg aku laksa yg dimasak oleh kakak aku... laksa marbeles... laksa yg paling best yg aku pernah rasa... hmmm... yummy yummy.. selesai semuanya, tgk tv jap, pastu kluar ke pekan parit buntar nak beli makanan anak2 aku tuh... si abu ngan si pok pok... dah beli makanan, tersinggah pulak kedai cermin mata... check mata syg aku dan dah buat spec dia, terus aku pun tukar spec baru... huhuhuhuhuhu.... esok nye siap... terus balik umah mak aku dan abih la aktiviti utk hari tuh....


pagi raya ketiga, kul 5.30 pagi aku dah bangun, siap2 baju utk syg aku... dia keje pagi... lepas dia pegi keje, aku menyambung pertiduran aku... huhuhuhu... hmm.. pagi tu xde byk aktiviti pun... cuma ptg nye, mak aku ajak balik kpg aku kat Selama, Perak.. mak aku ngan adik2 aku dan kakak aku dah pegi dulu... aku lambat skett sbb nak tunggu syg aku balik keje... kul 3.30 camtu syg aku smpi umah, dia rehat jap then, terus ke Selama.. malang x berbau, mak lang aku xde kat umah la pulak... raya umah sedara lain jer la...


pagi raya ke4, kul 10 lebih, aku ngan syg aku ke umah kawan dia kat teluk air tawar... bukan raya pun... saja lepak kat bengkel kete kawan dorang sorang lg.. niat asal cuma nak tgk bodykit evo III... tau2 terbekenan dan terus transfer ke kete syg aku... sementara tunggu kete siap, aku lepak dulu kat umah member syg aku tu ngan anak ngan wife dia sambil tgk cite industan... huhuhuhu... kul 4 petang baru siap.. terus pegi beraya kat umah kak zie (opismate) dan balik umah... smpi umah, aku makan laksa lg... huhuhuhu.. pastu kakak aku ajak pegi salon rambut yg slalu aku dan adik beradik aku pegi.. katanya nak beli syampu rambut yg kakak aku sorang lg tu pesan.. tau2 kakak aku tuh terus duduk kat kerusi tuh dan nak warnakan rambut... ala..... aku dah risau dah, sbb syg aku ckp nak balik penang mlm tu jugak... tp dah dia nak warnakan jugak, aku pun tunggu je la.. tau2 aku tercall kat syg aku dan mintak izin nak warnakan jugak.. syg aku on jer... aku pun warnakan jugak.. huhuhuhuhu.... kiranya, kedai tu buat rambut aku ngan kakak aku jer... kedai dah tutup... regular customer la katakan.. siap semua kul 11 malam... terus balik umah, aku tgk syg aku dah tunggu kat luar umah... terus aku packing baju2 semua dan terus bertolak balik.... semuanya gara2 syg aku kene keje syif pagi dan petang hari ahad tuh sbb supervisor sorang lg cuti....


Dan hari nih, aku pun dah keje.... tp mcm xde mood lagi la nak wat keje... ye la.. dah lama cuti kan.. kira hari ni hari utk warming up je la... esok baru mula bekerja bersungguh2... dah la mula minggu dpn aku dah semakin sibuk.. weekend minggu dpn dah ikut boss aku ader meeting kat cameron highland, minggu selepas tu pulak nak ke kelantan ada kursus, minggu selepas tu lg kemungkinan besar ada seminar kat parkroyal penang... huh... bz benor aku nih... ni semua APEX punya psl la nih....


Rumusannya, raya tahun ni ok... tp x brapa best sbb kene beraya kat alor setar dulu... huhuhuhuhu... dan gambar raya pun xde.... hehehhehe.... tp apa2 pun.. raya tetap raya.... Selamat Hari Raya.....


Apa Kata Hati?~ hmmm... raya umah mak sendiri jugak best kan????