Assalamualaikum & Hello..
Rata-rata ramai yg dh settle bab persiapan raya... pakaian raya.. kuih raya... rumah raya... sampaikan tiap2 hari jalan kat Parit Buntar ni jem aje... penuh aje kereta dan manusia dalam kedai.. Tambahan pulak Mydin baru je bukak kat PB nih... manusia? usah cite laaa... berduyun2 pegi ke situ... katanya murah giler barangan yg ditawarkan.. sepeket mee kuning berharga RM0.10.... wallahua'lam... Tapi, bagi me, smpi today x pegi pun situ walopun dekat je ngan umah... x sanggup nk bersesak2 nak parking... bersesak2 nak pilih barang.. bersesak2 nak bayar.. dan bersesak2 nak kluar dr mall tu... haishhh... bagi me biorlah me bayar full harga mee tu (RM1.30) pada hari biasa yang lebih santai untuk berbelanja daripada nak pulun beli murah tp terpaksa bersesak2.. me not like at all...
Jadinya, persiapan raya pun x dibuat lg... tahun ni x berapa eksited nak prepare ape2 especially baju raya.. cumanya nnt akan kluar la jugak beli baju raya utk si Puteri Chinta Hatiku tu... tp tu laaa... bercinta sungguh nak kluar shopping.. huhuhuhu... Lgpun, dgn kejadian2 bertimpa2 di Gaza dan Malaysia sendiri rasa macam tak wajar pulak kita nak bergembira sedangkan di sekeliling kita berduka.. mmg lah Hari Raya ni sepatutnya hari untuk kita bergembira bagi meraikan kemenanan kita berpuasa memerangi syaiton dlm diri sepanjang bulan Ramadhan... tapi, nk terlalu bergembira tu x sampai hati pulak... tambahan pulak, hari2 disajikan dengan perkembangan terkini keadaan di Gaza dan jugak MH17 membuatkan diri lebih sebak dan insaf dan tak henti2 mengucapkan syukur kerana kita di Malaysia masih boleh bergembira menyambut Aidilfitri dengan segala kelengkapan baru... Tetapi saudara seagama kita di sana bagaikan sudah tiada lagi air mata untuk menangisi nasib mereka yang kebanyakkannya tinggal sebatang kara...
Sejujurnya, bila tgk mayat dewasa bergelimpangan, hati tersentuh... tapi apabila melihat mayat kanak2 dan bayi... hati terus terguris luka... aku cuba membayangkan kalau aku di tempat mereka? adakah aku boleh setabah mereka apabila kehilangan anggota keluarga? tambah2 lagi apabila kehilangan anak kecil ku? Astargfirullahalazim.. .mengucap panjang aku apabila membayangkan itu semua... membayangkan sahaja pun aku rasa x mampu hadapi, apatah lagi kalau ianya benar2 terjadi? Muka aku nampak garang... sombong... tp hati aku sgt lembut... mudah sgt tersentuh nak2 lg benda yg melibatkan anak kecil.. bertitik tolak dari situ la aku jadi x berapa eksited nak prepare bersungguh2 utk raya... pakai aje apa yang belum dipakai or yg baru sekali dua dipakai.. x menjadi kesalahan pun kan? cumanya utk anak kecilku, akan aku sediakan jugak la persalinan baru untuk beliau merasakan apa itu Hari Raya Aidilfitri..
Apa Kata Hati?~ Bersederhana itu lebih baik..
No comments:
Post a Comment