Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 15, 2010

Kasih...

baru je abih nengok teleprima Kasih kat Astro Prima td... sedih sgt tgk cite tu.. terasa2 smpi la ni...
Cite ni mengisahkan sepasang suami isteri yang baru kawin yang dilakonkan oleh Jue Aziz sbg Kasih (si isteri) dan Wan Raja sbg Badrul (si suami). Badrul ni keje atas kapal.. lepas kawin terus naik kapal belayar selama dua tahun. Dalam masa yang sama Kasih mengandung dan jodoh mereka tak panjang, masa melahirkan baby dorang, Kasih meninggal.

Jue Aziz = Kasih

Wan Raja = Badrul

Selepas dua tahun belayar, Badrul mengambil keputusan untuk berhenti kerja di kapal dan nak dok ngan isteri dia Kasih. Dia pun terus balik ke rumah. Badrul dok hidup dgn kenangan, cinta dan rindu dia kat isteri dia Kasih. Dia dok nampak Kasih bersama dia.

Org kpg dah mula risau akan Badrul ni. Tp 'kacang hantu' dlm kpg tu adalah org yg bertanggungjawab 'membunuh' Kasih dgn memberi racun kat Kasih masa Kasih nak beranak dulu smpi la Kasih meninggal. sbb tu dia x senang hati dan dok nampak Kasih dok renung dia.

Last skali, si kacang hantu ni (aku lupa apa nama dia) dah ngaku dia yg bunuh Kasih dan dlm dok rasa bersalah tu, dia mati terjatuh dan tertikam dgn cangkul.

Lepas tu, baru lah Badrul boleh menerima hakikat bahawa Kasih dah tiada.

Jalan cite cerita ni simple tp 'permainan' perasaan dlm cite ni yg buatkan aku rasa cite ni sgt best. aku pun bleh sebak dan terharu dgn rasa kasih dan cinta suami isteri tu.

Sib baik la aku ngan syg aku x dok jejauh.. kalau tidak sure perasaan rindu tu mcm tu jugak kan... hmmm... dok sebak lg nih... best cite nih....

Syabas pada Jue dan Wan kerana berjaya menghidupkan watak Kasih dan Badrul.




Apa Kata Hati?~ x rugi aku melekat dpn tv selama dua jam... berbaloi baloi...

2 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

terima kasih kerna sudi berkongsi cerita ni kepada umum,saya tersangat hargai.
- wan raja

Ju-Dzahir_Amanda said...

wahhhhh..... terima kasih kerana sudi menjenguk blog sy ni...