Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 12, 2011

Beberapa Perkara Perlu Dielakkan Semasa Menziarah Jenazah..

Dengan merujuk kepada tajuk di atas, apa yg akan aku karangkan di sini adalah dari apa yang berlaku pada aku satu family baru2 ini.. 

Alhamdulillah dan terima kasih pada org2 kampung, jiran tetangga, adik beradik, sahabat handai arwah bapak aku yg telah hadir dan sedekahkan Al-Fatihah utk arwah.. Doa kalian utk arwah amat dihargai. 

Satu peringatan lembut (gentle reminder) ikhlas dari aku utk para pembaca ialah, jika anda menziarahi jenazah, seboleh2nya elakkan perkara2 berikut:

1)  Jangan dok bersembang/bergosip/bergurau senda semasa menziarah jenazah. sepatutnya, baca la Yaasin atau paling tidak pun baca Al-Fatihah utk arwah... kalau nak bersembang jugak, tunggu lepas keluar dari rumah keluarga arwah baru sembang puas2... 

2)  Utk kawan2 sekolah yang dah lama x jumpa - x perlu la dok mai tanya 'kenai x sapa ni?'... 'hg ingat x aku sapa?'.... tuan2 dan puan2, sila jgan dok ajukan teka teki utk ahli keluarga terdekat arwah kerana dorang xdak masa nak pk sapa anda... lg elok kalau anda terus kenalkan diri anda... kasik intro sikit pun dah ok... 

3)  jgn sesekali dok mai jumpa ahli keluarga terdekat arwah utk berhutang!! walopun anda sgt sgt terdesak tolong lah jgn la dok p jumpa dan mintak nak berhutang!! sangat tidak menghormati perasaan ahli keluarga terdekat arwah.. 

4) dan lain-lain perkara/perbuatan yang sangat tidak molek dilakukan semasa menziarah jenazah... 

Di atas tu merupakan beberapa point yg aku nak highlight aje utk entry kali ni.. yg lain2 point tu korang pk la sendiri sbb aku rasakan yang semua org pun dah tau apa yg patut dan yg tidak patut di lakukan semasa menziarah jenazah. 

Aku nak tekankan kat point 3... Ada la sorang hamba Allah nih, kategori jiran jugak lah.. tp idak le rapat benor... gitu2 aje... semasa arwah masih ada dulu, dan x berapa sihat, seingat aku, si polan ni x pernah pun dtg menjenguk... apatah lg bertanya khabar... kalau ada pun mungkin setahun sekali je kot... tapi......... dua hari selepas arwah selamat dikebumikan, awai pg lg dia dah bertandang ke rumah dan berjumpa dengan bonda ku... dgn tujuan nak meminjam duit.. katanya sesak sgt.. bonda aku yg berhati lembut ni pun kasik la... ratus2 ye.. bkn puluh2 aje... bila aku tanya nape bonda kasik? bonda kata dia x smpi hati nak hampakan harapan org yg sgt2 memerlukan... 

bagi aku, alasan bonda aku tu sgt betul... tidak dpt disangkal lg... tp aku x brapa dpt menerima sbb dia tidak menghormati perasaan sebuah keluarga yang baru kehilangan org yg tersyg... dia sgt pentingkan diri sendiri.. pk kan diri dia ja yg xdak duit tu.. nape tidak meminta bantuan dari keluarga sendiri? sahabat handai sendiri? kalau hg tu mmg sgt rapat pun dgn keluarga arwah, x elok sgt kot hg nak mai berhutang dlm masa baru dua hari arwah meninggal dunia... 

Aku x paham la kenapa ada org yg sgt pendek akal mcm ni... dah la jenis yg suka dok ckp pandai... kata org utara, cakap deraih... tp apa pun xdak... 

Aku harap satu hari nnt, si polan itu terbuka pintu hati utk lebih menghormati perasaan org lain... dan harapan jugak agar kita sendiri pun jgn dok buat perkara2 yg x sepatutnya... 




 Apa Kata Hati?~ rindu bapak... Al-Fatihah...

2 comments:

matahati-aishahazhar said...

setuju dengan point-point tu.. kekadang ni ada yang bergelak sakan time hari kematian.. padahal arwah ada kat ruang tamu lagi.

Ju-Dzahir_Amanda said...

ha itu le... patutnye, hormatlah sikit... org tgh menghadapi saat sedih kehilangan insan tersyg, dorang bleh pulak bergelak ketawa... rasa cam nak halau je soh blk.. tp, xkan pulak kan??