Kita dah biasa dgr cite ttg kecurangan yg dilakukan oleh kaum lelaki yg bergelar suami kan?? tp kebanyakkan org menganggap itu lumrah perilaku kaum lelaki... macam dah biasa perkara tu berlaku dan boleh diterima akal..
Kita juga biasa dgr crite ttg kecurangan yg dilakukan oleh kaum pompuan yg bergelar isteri.. tp kalau kes ni timbul, wahhh... semua org pandang serong kat pompuan nih.. tp pernahkah kita fikirkan balik KENAPA ISTERI TERGAMAK BERLAKU CURANG???
tapi apa pun, kita kene tgk dulu la background si isteri ni macam mana kan... kalau yg dah biasa hidup bersosial aje, x hairan la kalau dia tergamak berlaku curang.. tp bagaimana kalau si isteri ni seorg yg dunianya hanya di rumah, dunianya hanyalah suami nye, anak2 nye dan rumahtangga nye saja?? pelik x kalau dia tergamak berlaku curang??
('curang' dlm story aku nih bukan hanya perilaku yg x senonoh atau menduakan or mentigakan bersama pasangan yg berbeza jantina, tp boleh juga merangkumi perilaku yg diluar batas seorg isteri...)
aku terpanggil nak tulis story nih cumalah berdasarkan pemerhatian aku dari kes2 yg diterima oleh pejabat aku... hahahhahah.... kelentong je tu... tp berdasarkan pemerhatian aku ttg keadaan sekeliling... dan apa yg aku tulis nih xde sangkut paut ngan tesis sapa2 dan mana2 bahan terbitan di malaysia mahupun di uganda.... ini hanyalah semata2 pendapat aku sahaja... kalau korang rasa setuju, terima la.. kalau rasa x setuju, lantak la... hahahhahah...
ok. berbalik pada story ttg kecurangan isteri td... tentu agak pelik kan, bila seorang isteri yg boleh dikategorikan sbg isteri mithali boleh berlaku curang kan?? tp jgn rasa pelik sgt2... sbbnye, MUNGKIN beliau merasakan dikhianati dan tidak dihargai yg membuatkan beliau berlaku curang... dan perilaku curang beliau itu bukan lah dgn kemahuan fikiran nye, tetapi sekadar untuk meluahkan rasa protes atas apa yg berlaku. korang faham?? kalau x faham meh aku story lg...
mcm ni.. ada sepasang suami isteri yg dah 15 tahun kawin.. mereka hidup bahagia selama 15 tahun usia perkahwinan mereka... mereka juga dikurniakan 3 org cahaya mata yg sgt comel2 belaka.. tetapi, hari yg disangkakan panas hingga ke petang, rupa2nya hujan di tghari... bila berganjak usia perkahwinan ke 15 tahun 1 bulan, tetiba si suami berubah arah.. terpikat pada seorg wanita lain yg jauh lebih kurang segala segi dari si isteri... si suami yg selama ni boleh dikategorikan suami idaman setiap wanita, tetiba telah menjadi suami igauan ngeri semua para isteri... si suami sudah pandai berkata bohong, sudah pandai tak balik rumah - outstation manjang.. suami sudah pandai beri alasan kekurangan wang bila si isteri mintak duit dapur..
tapi, bila si isteri dapat menghidu perubahan si suami dan si isteri bertanya, (bertanya hoccay... bukan menuduh melulu) si suami dgn mudah naik angin.. dgn mudah membandingkan isterinya dgn isteri kawan2.. dan dgn mudah juga mengeluarkan kata2 menyakitkan telinga dan hati yg selama ni di jaga buah butir bicara... dan jika berlaku pertengkaran, dgn mudah juga si isteri yg dipersalahkan.. boleh diterima kah alasan tu semua?? salah kah si isteri bertanya ttg keadaan suaminya?? salahkah si isteri jika ingin mengetahui aktiviti luar rumah suaminya??
Walaupun begitu, si isteri dgn rela hati biarpun pahit tetap ditelan juga segala yg berlaku.. tanggungjawab sbg isteri dan ibu kpd anak2 tetap dijalankan dgn baik.. si isteri tetap setia menanti kepulangan si suami setiap hari.. segala keperluan suami dan anak2 tetap dijaga..
TETAPI
apabila pembohongan dan kecurangan si suami terbongkar... boleh korang bayangkan apa perasaan si isteri itu??? tidakkah dia merasakan yg kesetiaan dan kasih syg nya selama ni dikhianati?? dan pengkhianatan yg dilakukan setelah berbelas tahun membentuk kebahagiaan dan kesetiaan bersama akan memberi impak yg besar atas perasaan terluka oleh seseorg isteri... setuju x ngan pendapat aku ni??
oleh yg demikian, si isteri sedikit sebanyak merasakan yg pengorbanan nya selama ini tidak dihargai langsung oleh si suami dan dgn itu si isteri mula mencari teman2 yg telah ditinggalkan selama ni semata2 utk memberi sepenuh perhatian kpd umahtangga... si isteri mula membuka episod nye sendiri demi membuktikan kepada si suami "kau boleh buat, aku pun boleh"... tapi, mcm mana pun perilaku si isteri, beliau tetap tidak akan tergamak berlaku curang securang si suami... tanggungjawab dan rumahtangga tetap diutamakan..
tetapi, si suami yg telah kantoi ngan kecurangan yg dicipta sendiri, mula akan terfikir kembali segala perilaku x senonoh yg dia telah lakukan.. (ini kalau yg jenis nak fikir balik la...).. dan dia tentu akan merasakan yg si isteri x boleh buat mcm tu... x boleh kluar rumah.. x boleh lepak sana sini.. x boleh spend time ngan kawan2.. si suami akan mengajak si isteri berbincang dan antara ayat yg dikluarkan ialah "awk x fikirkan rumahtangga kita ke? awk x sayangkan umahtangga kita ke??".... boleh??? (rasa tergugat la tu...)
tapi, yg jadi masalahnye, adakah si suami pernah fikirkan tentang rumahtangga dan pernah fikirkan sygkan umahtangga x sblm berlaku curang dulu??? skg ni sape yg sbnrnya x fikirkan dan x sygkan umahtangga?? semuanya diletakkan di bahu si isteri... yg mulakan onak dan duri ni si suami, tp end up si isteri pulak yg jadi pencetus pergolakkan.... dimanakah adilnya si suami?? di manakah matangnya pemikiran si suami??
bila dah jadi mcm tu, sepatutnya, kedua2 mangsa kene lah cari satu masa duduk berdua, berbincang balik dgn keadaan aman dan damai, dan salah seorg kene lah beralah.. x kira salah siapa, x ada beza nya si isteri or si suami yg beralah... si suami dah sah2 akan pertahankan ego dier.. (ego yg kdg2 x bertempat..) so, isteri la mengalah... tp bila si isteri mengalah, dgn secara otomatiknye, keadaan akan jadi sejuk... dan keadaan dpt dipulihkan...
Persoalannya di sini, salahkah bila si isteri 'berlaku curang' dgn tidak melibatkan sebarang perilaku yg melampaui batas2 sbg isteri semata2 untuk menunjukkan protes terhdp apa yg berlaku??? tapi dicemuh dan dipandang serong kerana berlaku curang terhdp suami... sedangkan si suami dgn tanpa rasa bersalah sanggup mengkhianati isteri dan rumahtangga yg tiada cacat celanya pula dianggap biasa dan diterima oleh kebanyakkan org atas alasan 'itu lumrah lelaki'......
Oleh yang demikian, jgn la kita yg tak tahu punca setiap tindakan seseorg tu terus pepandai je nak 'jatuh hukum' kat org tu... x pasal2 kita jadi bersubahat dan dok fitnah org lain ja..... yg penting, jagalah rumahtangga kita sendiri.. bak kata org2 tua 'jgn asyik dok jaga tepi kain org lain, tp kain kita sendiri koyak rabak kita x nampak'... dan jgn kita mudah judge org lain atas perilaku nye yg buruk kalau kita x tau apa motif dia berperilaku mcm tu...
Apa Kata Hati?~ Selalu berdoa pada Tuhan agar rumahtangga aku diberkatiNya dan dijauhi dari segala anasir2 jahat... aminnn