Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 31, 2014

Menolak Trend Terkini Tidak Bermakna Kolot..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Sekarang ni dah reda sikit kan kisah IWTTAD kan? Now baru me nak berceloteh sikit pasal hal ni... Awai2 dulu malas nak berceloteh sbb kesah masih hot.. hehehhe

Seikhlasnya, aku tidak bersetuju dengan penganjuran program I Want To Touch A Dog tu.. Tujuan program ni diadakan adalah untuk mengurangkan rasa takut Muslim terhadap anjing. Ok Fine.. 

Persoalan utama yang bermain di fikiran me ialah "adakah selepas menyentuh anjing dalam program tersebut, orang2 Muslim yang telah menyentuh anjing pada hari tersebut telah hilang fobia/ketakutan terhadap anjing?" 

Jawapan: YA - bagi individu yang gedik2 gatal takut kepada anjing... tetapi TIDAK bagi individu yang betul2 takut terhadap anjing... 

Kalau individu yang betul2 takutkan sesuatu tu, dengan sekali sahaja terapi exposure termasuk aktiviti memegang binatang yg ditakuti tu, msih belum berjaya untuk menghindari rasa takut tersebut. Tapi, kalau yg saja2 gatal pretend takut, mcm kebanyakkan individu yg kita dapat tgk semasa program tersebut dijalankan lah... siap berbangga lagi dapat pegang anjing.. dan lg menyedihkan, kebanyakkan nya muslimah yang berhijab.. 

Ramai yang melenting.. marah.. merendah2kan golongan yang taknak dan menolak penganjuran program tersebut dengan alasan orang2 yg menolak dan membangkang program ni sebagai seseorang yg kolot.. tak up-to-date... Tetapi, me sebagai salah seorg orang yang menolak dan mengecam penganjuran program ini berpegang pada satu alasan sahaja, 'YANG HARAM TETAP HARAM'.. walaupun ada perkara-perkara yang dibolehkan menyentuh tapi bukan dengan alasan untuk menghilangkan rasa takut.. 

Yes... Penganjurnya seorang yang banyak berjasa pada komuniti... banyak buat program amal.. membantu yang memerlukan... Dan oleh sbb itulah, dianya dikecam... sebab banyak lg kerja amal lain yang perlu dibantu... anjur program IWTTAD tu nak bantu sape? muslim yang takut atau anjing? antara alasan lain dianya nak merapatkan hubungan antara muslim dan anjing adalah sebab banyak anjing dibuli/disiksa... tapi rasanya yg membuli dan menyiksa tu bukannya org yg takut anjing ni.. tp org yg membela anjing.. makna, yg hari2 pun dok sentuh anjing.. so, what's the point IWTTAD tu? 

"lepas sentuh, samak lah"... ya betul... lepas sentuh binatang yang haram disentuh kita boleh samak.. tapi itu kalau kita sentuh dengan tidak sengaja atau terpaksa... Ini saja2 pegi sentuh.. Ambil contoh begini, anjur pesta maksiat.. aktiviti berzina dan minum arak adalah tujuan utama penganjuran pesta tu.. yang muslim pun ramai terhegeh2 join pesta tu pastu BERTAUBAT lah... - Hanya Allah sahaja yang dapat menentukan sama ada samak/taubat tersebut diterima atau tidak.. wallahua'lam.. 



 Apa Kata Hati?~ Banyak lagi perkara lain yang dapat dibuat yang tidak melanggar syariat agama... kalau ye pun nak buat program pendedahan untuk menghindari rasa takut kepada anjing tu, buat secara perkongsian ilmu... share ilmu bagaimana nak tangani anjing yg kejar kita or what-so-ever.. tak perlu 'praktikal' pun boleh...

No comments: