Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 10, 2014

Surat Layang....

Assalamualaikum...

Makin lama rasa makin malas pulak nak berceloteh dlm blog nih... nk tutup sayang pulak... nak teruskan mcm xde masa nak mengarang... tp memandangkan dua tiga hari ni mood agak menerawang merata, adalah lebih baik aku meluahkan sedikit perasaan yang mengganggu emosi seharian ni... 

Kalau sapa yang frend dlm fb aku tu tau la cite terbaru psl aku.... iaitu psl surat layang yang aku terima disbbkan oleh satu status yg pd aku status pendek yg aku up tu menggambarkan perasaan dan pendirian aku.. tapi, ada pulak yg termakan cili terlebih lebih pulak... dok terasa smpikan sanggup buang masa mengarang dan menghantar surat layang kat aku.. 

cite nye gini, since satu kejadian beberapa bulan lepas, rasanya ujung tahun 2013 kot, aku dh jarangggg sgt up status dlm fb... kalau ada pun x publish to public pun... utk group tertentu saja... yang general saja aku publish to public... tp mmg jaranggg sgt la... lately nih, aku ter rajin pulak up status kt fb tu... tp status yg general... sbb mengikut pegawai aku yg pesan kat aku, kalau nak letak status, biarlah yang ada faedah (sbnrnya pesanan dia byk tp aku singkatkan saja). Jadinya, aku pun up status yg boleh dijadian peringatan dan panduan dlm kehidupan utk diri aku sendiri dan jugak kwn2 lain.. 

aku ni jenis yg susah nak lupakan dgn sekelip mata apa yg terkesan di hati... kita memendam jugak la.. byk2 benda dok pendam last2 satu pagi dua hari sudah, aku pun up la satu status yang berbunyi "wanita berhijap akan dihormati.. tapi kalau berhijab pada luaran tapi mulut dan hati x dihijab - wanita itu tidak akan saya hormati (dan mungkin jugak orang lain)"

aku rangkumkan beberapa kejadian yg menimpa aku or yg aku lihat menjadi satu status... itu adalah luahan dari apa yg aku rasa dan aku lihat... aku byk berjumpa orang... aku kerap juga berada dlm public - dikelilingi oleh pelbagai ragam manusia... dari apa yg aku dpt lihat, ramai wanita yg berhijab, tp mulut (dan hati jugak kerana apa yg dizahirkan pada mulut bermula dari hati) mak aihhhhhh x sanggup nak mendgr pun kdg2 tu... agaknya wanita sebegini tidak tahu apa tujuan beliau berhijab (mungkin)... atau beliau berhijab kerana terpaksa (mungkin)... orang2 mcm ni la yg membawa gambaran yg buruk ttg berhijab dan juga ttg Islam pada org non-muslim.. 

one time, aku juga pernah tidak berhijab... aku juga pernah tergolong dlm golongan yg baran.. tahap kesabaran aku sgt minima pada masa itu... tp semenjak dua menjak dh menjadi seorng ibu, perlahan-lahan aku melangkah ke satu dimensi baru... cuba untuk menjadi lebih baik dr sebelumnya... perkara paling sukar aku rasakan ialah mengawal kemarahan dan meningkatkan kesabaran.. mmg terlalu sukar rasanya.. tp Alhamdulillah, dari sehari ke sehari (dan mungkin juga faktor usia) aku mula berjaya mengawal keadaan (bohong kalau aku kata 100% boleh berubah kan? ada la jugak sesekali temperature x terkawal). 

aku juga jenis yg x suka ckp byk... kalau nak bertanya or mintak tlg (hal ehwal kerja) selalunya paling kuat pun aku akan ckp 2 kali... kalau response yg aku dpt negative, that's it... aku xkan menyusahkan org yg x ikhlas membantu... Yess.. aku tegas dalam bekerja.. for me, there's only 2 answer for every questions - YES or NO... tp aku bukanlah seorg yg x boleh berkompromi... yg kenal aku, kenal la perangai aku... tp yg x berapa kenal tp buat2 kenal ni yg payah... 

berbalik kpd surat layang yg aku terima, my first impression bila dpt surat tu - lawak... aku tergelak kecil bila membaca surat tu.. dlm zaman yg moden mcm ni pun masih ada yg sanggup buang masa tulis surat layang?? katanya, aku byk megguris hati dan perasaan org lain dan aku byk mengheret org lain berbuat dosa sbb aku paksa org like semua status aku.. tak pernah sekali pun aku suruh frenz aku utk like  mana2 atau semua status aku... apatah lagi nak paksa utk depa like... that's not me... aku juga x pernah nak masuk any contest yg perlukan like terbyk utk menang... x pernah... so, mcm mana dia kata aku dok paksa org like status aku? eh, hg kan stalker, xkan hg xtau kot bila masa aku suruh org like status aku? 

dia sgt marah kat aku psl status yg aku up psl wanita berhijab tp x hijabkan mulut dan hati tu.. dia kata aku hina wanita berhijab. Ayat mana yg aku hina pun aku xtau.. kene hantar g kelas bahasa Malaysia beliau nih.. aku syak la, si penulis ni tergolong dlm golongan yg aku sebutkan tu la... sbb ramai frenz aku yg berhijab tp xde pulak terpesong makna dgn status tu.. (sbb depa x mkn cili overdose mcm si penulis) 

aku syak la, si penulis surat tersebut admirer kat aku... sbb setiap lekuk di badan aku pun dia perhati... sbb dia boleh bgtau pulak kat mana bonjolan lemak aku yg ada.. dan aku syak jugak yg si penulis ini suka tgk filem2 or cerita2 pornografi sbb di akhir surat, dia suruh aku telanjang aje.. wow.. x sangka.. 

tp satu je yg aku kesalkan ialah, sakit hati si penulis tu adalah kepada aku.. so, maki aku sajalah.. kenapa perlu nak kaitkan dgn mak, adik beradik aku, suami aku dan anak aku?? apa salah mereka pada beliau? sanggup beliau doakan yg buruk kepada anakku yg kalau sesuatu yg buruk berlaku insyaallah anak itu sudah dijanjikan syurga oleh Allah tp kalau hg yg dijemput dahulu, adakah hg yakin syurga tempat hg?? 


kesimpulannya, aku akui, sedikit sebanyak, isi kandungan surat tu bg aku stress jugak. Tapi, bagi aku, org mcm ni (si penulis surat layang) ada masalah hati.. di sebabkan hati dia tidak dirawat maka jadi la mcm ni.. kalau betul aku ada sakitkan hati hg, tegurlah dgn cara berhemah.. boleh dtg ckp face to face or email pun boleh.. sbb aku hanya manusia biasa, x lepas dari melakukan kesalahan.. mungkin pada aku, aku rasakan tindakan aku betul tp pd org lain dirasakan kasar dan mengguris hati - aku tak tahu.. jadi, tegurlah elok2... bukan dgn cara mcm ni.. nampak sgt rendahnya nilai jatidiri hg tu dgn cara bersembunyi mcm ni... ni ibarat lontar batu sembunyi tangan la ni... 

di kesempatan ini, aku ingin memohon jutaan maaf seikhlas hati aku kepada sesiapa yg pernah terasa hati dgn aku secara tidak segaja atau sengaja dan aku juga dh maafkan si penulis surat ini. Tapi kesalahan dia mendoakan yg buruk psl anak aku (terutamanya) itu aku serahkan pada Allah S.W.T dan juga anakku...




 Apa Kata Hati?~ aku bukan lah malaikat, aku juga bukan maksum.. tapi aku berusaha mencari keredhaan Allah.... (ni pun nnt akan dikatanya 'aku tunjuk baik sajaa')

No comments: