Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 24, 2013

Mulut dan Hati tak seiring...

Assalamualaikum...

Hari Ahad lepas, me ikut my twin sis + mom + my dotter pegi PB beli barang jap... pastu my sis parked kete  dier kat sebelah tepi kedai tu sebaris dgn kete2 lain lg yg parked kat situ.. ekceli kat situ bkn ada petak parking pun.. tp mcm dh terbiasa semua pelanggan pun park kete situ jugak sbb parking sgt limited kat area tu.. lgpun bkn ada pejabat pun kat situ so, tiada la kete yg akan park dr pagi smpi ptg kt situ.. rata2nya pelanggan kedai tu je.. kitorang beli barang rasanya dlm 1/2 jam ja... mmg saja pun nak park kat situ sbb beli air mineral 6 kotak dan sgt sesuai parking situ memandangkan dekat skett nak angkut kotak tu masuk kete... kebetulan masa kitorang kluar tu kete lain semua dh xde... dan xde masalah bg kete lain nak lalu sbb jalan situ masih luas.. 

Nak dijadikan cite, lepas semua barang dh masuk dlm kete, tinggai turn aku ja nak masuk dlm kete lalu la satu kete BMW X-series lama punya model lalu dan berhenti dpn aku dan tepi kete la... dia ckp dgn nada sinis kat aku 'cerdik sgt ye driver kete ni parking kat sini.. menyusahkan org nak lalu saja.. mmg cerdik'... sambil senyum2 sinis dan jeling kat aku... owh yes... driver kete tu ialah seorg perempuan yg aku x pasti sama ada beliau beragama Islam ataupun bukan kerana dari segi rupa dan bahasa (yg ada slang inggeris opkos sbb naik kete besar kannnn...) macam wanita Melayu Islam... tapi bila tgk dr segi pemakaian dah macam perempuan kat lorong2 gelap... 

Then, aku senyum aje... sambil tu aku tanya dia dgn nada bersahaja dan x niat nak menyindir atau apa.. aku kata 'nape? x lepas ke nak lalu?'.. 

tau apa respon dia? 

she pointed me her middle finger!!! 

pastu terus dia tekan minyak laju2 dan tak pandang langsung kat aku yg masih tersenyum memandang kepadanya.. dan aku rasakan satu kejayaan pada diriku kerana berjaya menahan sabar tahap tinggi dan betapa hebatnya kuasa bersabar sambil tersenyum.. 

pada aku, xde maknanya aku nak marah kat orang mcm tu sbb dia sendiri dh tunjuk kebodohan tahap tertinggi dan kemurahan harga diri kat org lain. 

Apa kes? nak tunjuk yg BMW X-series lama hg tu mewah dan hg tu owg kaya dan adakah dgn alasan status itu memberi hak pada hg utk perli org2 lain? (maklum la.. my sis drove a Saga BLM je pun...) Walaupun hg berdarjat tinggi setinggi langit, ataupun kaya sekaya kayanya sekalipun, kalau dlm diri hg yg seketul darah merah (hati) tu x bersih... tetap org xkan hormat hg la weyhhhh.... silap2 hg masuk longkang pun xdak sorang pun yg akan bantu.. u deserve that ........ .

Tak kisah la kat mana level pendidikan kita... ataupun level 'poket' kita.... kalau kita x reti nak hormat orang lain dan slalu memandang rendah pada org lain, hidup maknusia yg mcm tu xkan tenang....  they don't even have life!! Dan takkan muflis atau bodoh atau bangang seseorng tu kalau hidup dgn penuh kesederhanaan dan sentiasa bermulia hati.. bersangka baiklah pada sesama manusia tapi di zaman skg, nak bersangka baik pun kena berpada2 jugak... yg nak mengambil kesempatan pun ramai skg nih.. pandai2 la kita menjaga diri kita dan orang2 yg tersyg...  





 Apa Kata Hati?~ hg cari pasai last skali hg jugak yg sakit hati... kesian sungguh pompuan itu...

Thursday, December 19, 2013

errrmmmmm arrrrrgggghhhhhh......

pulak dhhhh... start2 ja dok mengerang pulak dhhh..... 

jgn panik... jgn tekojut.... tu bkn mengerang lain mcm ye... itu mengeliat bangun pagi.... 'lama' sgt dh tidok blog nih.... kesiannnn dia kan... ni baru bangun... 

cite tu bykkkkk sgt nak cite... tp tu la.. sbb adanya fb durjana tu terus blog x terupdate... tp since ada 'kes' sekodeng dan menyampai dlm fb tu, makanya kena beralih la bercerita dlm blog pulak... 

nk start ngan cite ape ekk? 

ok.. marilah kite bebel pasal fb jap... kepada sesapa yg membaca blog picisan aku nih, dan at the same time ada fb... diminta agar berhati2 lah dalam memaparkan status dan gambar2 anda semua ye.. sbbnye, mungkin pada kita ianya adalah biasa2 saja dan tiada yg rahsia2 kan, tp TIDAK bagi sesetgh kengkawan fb kita tu.. 

contohnye, baru2 nih, aku up satu status yang very general.. xde pun mention sesiapa kat situ, dan tiada pun mention venue perkara tu berlaku... TAPI.... aku telah di beri 'gentle reminder' oleh somebody berkenaan status tersebut. TAPI... lagi... aku tersenyum je masa kejadian tu sbbnye, aku x rasa nak marah sbb ada org sekodeng fb aku tp aku senyum sbb aku boleh agak siapakah gerangannya yang menjadi 'penyampai' tersebut.. 

It's ok... buat la selalu... sekurang-kurangnya aku tau yang aku ni famous dlm diam la jugak kan... ada jugak yang amek berat psl aku dlm diam... wahhhh... soooo suwittt.... hik hik hik.. dan yang pasti, aku lebih berhati2 apabila terlintas ingin berkongsi any moments dgn kengkawan.. 

So, marilah kita bersama-sama lebih berhati2 dgn apa yang ingin dan juga yg dh kita berkongsi dlm fb tu ye.. satu kenyataan yang tidak dpt disangkalkan ialah: tak semua kawan kita yang dpn kita dok senyum baik budi pekerti pada luarannya adalah berkeadaan sama di dlmnya... ramainya kat luaran adalah baik tp dlmnya busuk xdak dh.. Dan x semua kwn2 kita boleh berkongsi momen suka bersama2 kita... mungkin suka pada kita tp duka pada dia, dan duka pada kita jadi suka pada dia.... 

ok... korang faham? kalau faham bagus... kalau x faham, ce try baca smpi faham... hehheheh.. chow dulu... nnt aku story benda lain pulak... bye






Apa Kata Hati?~ cili ataupun cabai (dlm bahasa utara) ni ada mcm2 jenih.. ada yg pedas dan ada yg x pedas..  pendek kata, SAPA YANG MAKAN CILI DIALAH YANG TERASA PEDASNYA......

Friday, November 8, 2013

Kehairanan...

Assalamualaikum....

lamanya x update blog... dok baca blog orang je... mood nak update belom mai... tp nape lately nih aku x bleh nak view blog sendiri ekk??





 Apa Kata Hati?~ heran jugak...

Friday, June 7, 2013

Kuasa Doa...

Assalamualaikum semua... 

Kita semua telah sedia maklum bahawa doa merupakan satu cara terbaik utk mendapatkan sesuatu daripada Allah s.w.t. Sekurang-kurangnya satu hari 5 kali kita berdoa kan?? belum kira doa makan, doa masuk tandas, doa keluar tandas, doa naik kenderaan dan lain-lain doa lagi... Dan kita jugak tahu akan kehebatan doa.. tapi persoalannya, adakah kita benar2 mengerti setulus hati ikhlas kita mengakui akan kebenaran kehebatan doa tersebut?? 

Selama ni pun aku mmg sedia maklum akan kenyataan bahawa hebatnya berdoa.. Tapi kejadian semlm dan hari ni amat2 membuatkan aku betul2 rasa mcm speechless x tau nak gambarkan bagaimana hebatkan doa dan apabila doa diperkenankan.. Masyaallah... sgt hebat perasaan itu. 

Kejadian 1:

Jambatan P.Pinang kedua runtuh... 

Sekitar jam 7.20 petang semlm (6 Jun 2013), my hubby call tanya nak mkn ape utk dinner, dia nak belikan on the way nak blk keje. Then, time tu aku ngan ank tecikku itu dh masuk parking kedai tomyam dh pun nak beli bungkus. Then, aku ckp, xyah beli la.. aku dah nak beli. Then, dia kata dia nak singgah mkn kat kedai kwn dia la dulu, lama x singgah. aku kata - ok. 

Kul 8 pm camtu, my hubby call lagi, dia kata jambatan runtuh.. kawasan sekitar batu maung tu dh kecoh dengan jalan tutup, polis ngan bomba dok mai ramai smpikan dia kene pusing ikut Bayan Lepas utk blk. Dgr cite, ada kete ngan moto yang lalu bwh binaan tu dan dihempap oleh binaan yg runtuh tu... apa nasib mereka - wallahua'lam.. 

cuba bygkan, kalau la aku kata kat my hubby, 'xyah beli mkn, me dh beli, blk mkn la' dan beliau terus blk masa tu? kemungkinan besar boleh jadi beliau smpi kat tmpt kejadian tu masa kejadian berlaku... nauzubillah... x dpt dibayangkan kalau itu terjadi.. 

Kejadian 2:

Pagi tadi, member yang drive kete hari ni bagi bihun goreng utk breakfast kat aku, pastu smpi ofis, akak sebelah meja di pulak bagi nasik kerabu utk breakfast dan 10 minit lepas tu, diberitahu supaya jgn beli lunch tghari ni sbb ada hamba Allah yang nk buat kenduri masa lunch. Masyaallah... Rezeki melimpah ruah hari ni... Syukur Alhamdulillah... 

Dari dua kejadian ni, apa yg membuatkan aku dpt merasakan sepenuhnya kehebatan berdoa ialah kerana, setiap hari, masuk kete sementara nak gerak tu, aku akan berdoa kepada Allah supaya melindungi aku, anakku, ibuku dan suamiku, juga dikurniakan rezeki melimpah ruah yg berterusan... Setiap hari aku berdoa begitu dan alhamdulillah dh jadi satu kemestian dan amalan apabila masuk ja kete nak gerak tu mesti berdoa dulu. 

Dan alhamdulillah, hari ni Allah menunjukkan kekuasaanNya dengan mengabulkan permintaan hambaNya ini walaupun hambaNya ini kadang2 masih leka dan lalai akan perintahNya.. Ya Allah, ampunkan dosaku dan jauhkan sifat lalai dan alpa dari diri kami ya Allah... 

Amin Amin Ya Rabbal A'lamin... 





 Apa Kata Hati?~ Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah Wallahuakbar...

Friday, April 12, 2013


SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YG PERTAMA PUTERIKU.... 

Semoga menjadi anak yang solehah bila besar nanti... jadi anak yg cerdik, pandai, mendengar kata dan mcm2 lg yg positif ya anakku.. 

Alhamdulillah... Syukur... 




 Apa Kata Hati?~ cepat sungguh masa berlalu....

Thursday, February 21, 2013

Terharunya...

Kali ni aku rasa nak share satu artikel yang membuatkan aku merasa terharu dan .... x tau nak gambarkan mcm mana.... sudi2kanlah baca yer...

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......

Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~**~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~**~~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

tetiba terkenangkan masa saat melahirkan dulu, mcm mana aku punya merayu2 kat Dr suruh belah je perut aku sbb dh x tahan lg menanggung sakit masa contraction dtg... huhuhuhu... walopun mcm tu still aku dpt bertahan berbelas2 jam jugak sblm Dr decide utk operate aku... huhuhuhu.... 




Apa Kata Hati?~ speechless..

Monday, February 18, 2013

Breastfeeding

Lama kan aku x update?? huhuhu... xde masa dan xde mood.. 

Tp today, aku nak bla bla bla skett psl tajuk kali ni - 'breastfeeding'.. 

Kebanyakkan ibu-ibu akan menanamkan azam untuk menyusukan baby mereka sehingga tempoh maksimum iaitu 2 tahun.. tp tidak dinafikan juga ada ibu-ibu yg xnak menyusukan baby dgn susu ibu... takut badan x cantik katanyer... tp si ibu x pk pulak dgn keengganan untuk menyusukan baby dgn susu ibu itu dgn secara langsungnya si ibu telah menidakkan hak bby itu ke atas susu ibu nyer... ala.. kejap je pun nak berkorban untuk anak.. lepas anak dh x menyusu, jaga la balik badan tu... 

Aku pun x tekecuali menanam azam utk menyusukan baby amanda untuk tempoh maksimum... malah, masa nak start keje lepas pantang pun aku nangis2 sedih sbb terpaksa bagi baby minum susu ikut botol.. pada mulanya aku perah susu buat stok bagi baby minum ikut botol masa aku g keje... tp apa kan daya, susu x banyak.. x cukup utk dijadikan stok.. so, campur la susu... siang masa g keje, baby minum susu fm, bila ptg + mlm aku dh blk keje, kasik direct feed... ok jugak... 

Semasa menyusukan baby, ada satu feeling yg sukar digambarkan sbnrnya... rasa mcm kasih syg tu bercambah2 utk anak... rasa rapat sgt hubungan antara ibu-anak tu.. tambah2 pulak masa menyusu tu baby peluk kita... fuhhhh... mmg terbaek feeling nyer... 

Tapi apakan daya, impian hanya tinggal impian... masa umo baby 9 bulan, beliau dh xnak menyusu... sedih sgt.... waktu ujung2 dia dh xnk tu, masa dia dlm keadaan aktif bila bagi dia menyusu dia akan buat muka pelik... tp bila waktu dia tak aktif (tido) bila bagi dia menyusu elok ja... tp bila sampai waktu yg dia betul2 xnak dah menyusu, masa time tido pun dia dh xmo.. jadinya full fm la skg neh... mmg sedihhhhh sgttt... 

Tp walopun begitu, perasaan kasih syg itu tetap bercambah setiap hari... waktu tido pun masih lg dier peluk walopun dh x menyusu badan... hurmmm.. anak kannn.... 

Now, terasa rindu pulak nak menyusukan baby lagi... Saranan aku, pada bakal2 ibu, susukan lah baby anda kerana terdapat byk kelebihan yang hanya anda akan ketahui bila anda menyusui baby anda... 





Apa Kata Hati?~ rindu anakku...