Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 21, 2013

Terharunya...

Kali ni aku rasa nak share satu artikel yang membuatkan aku merasa terharu dan .... x tau nak gambarkan mcm mana.... sudi2kanlah baca yer...

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......

Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~**~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~**~~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

tetiba terkenangkan masa saat melahirkan dulu, mcm mana aku punya merayu2 kat Dr suruh belah je perut aku sbb dh x tahan lg menanggung sakit masa contraction dtg... huhuhuhu... walopun mcm tu still aku dpt bertahan berbelas2 jam jugak sblm Dr decide utk operate aku... huhuhuhu.... 




Apa Kata Hati?~ speechless..

Monday, February 18, 2013

Breastfeeding

Lama kan aku x update?? huhuhu... xde masa dan xde mood.. 

Tp today, aku nak bla bla bla skett psl tajuk kali ni - 'breastfeeding'.. 

Kebanyakkan ibu-ibu akan menanamkan azam untuk menyusukan baby mereka sehingga tempoh maksimum iaitu 2 tahun.. tp tidak dinafikan juga ada ibu-ibu yg xnak menyusukan baby dgn susu ibu... takut badan x cantik katanyer... tp si ibu x pk pulak dgn keengganan untuk menyusukan baby dgn susu ibu itu dgn secara langsungnya si ibu telah menidakkan hak bby itu ke atas susu ibu nyer... ala.. kejap je pun nak berkorban untuk anak.. lepas anak dh x menyusu, jaga la balik badan tu... 

Aku pun x tekecuali menanam azam utk menyusukan baby amanda untuk tempoh maksimum... malah, masa nak start keje lepas pantang pun aku nangis2 sedih sbb terpaksa bagi baby minum susu ikut botol.. pada mulanya aku perah susu buat stok bagi baby minum ikut botol masa aku g keje... tp apa kan daya, susu x banyak.. x cukup utk dijadikan stok.. so, campur la susu... siang masa g keje, baby minum susu fm, bila ptg + mlm aku dh blk keje, kasik direct feed... ok jugak... 

Semasa menyusukan baby, ada satu feeling yg sukar digambarkan sbnrnya... rasa mcm kasih syg tu bercambah2 utk anak... rasa rapat sgt hubungan antara ibu-anak tu.. tambah2 pulak masa menyusu tu baby peluk kita... fuhhhh... mmg terbaek feeling nyer... 

Tapi apakan daya, impian hanya tinggal impian... masa umo baby 9 bulan, beliau dh xnak menyusu... sedih sgt.... waktu ujung2 dia dh xnk tu, masa dia dlm keadaan aktif bila bagi dia menyusu dia akan buat muka pelik... tp bila waktu dia tak aktif (tido) bila bagi dia menyusu elok ja... tp bila sampai waktu yg dia betul2 xnak dah menyusu, masa time tido pun dia dh xmo.. jadinya full fm la skg neh... mmg sedihhhhh sgttt... 

Tp walopun begitu, perasaan kasih syg itu tetap bercambah setiap hari... waktu tido pun masih lg dier peluk walopun dh x menyusu badan... hurmmm.. anak kannn.... 

Now, terasa rindu pulak nak menyusukan baby lagi... Saranan aku, pada bakal2 ibu, susukan lah baby anda kerana terdapat byk kelebihan yang hanya anda akan ketahui bila anda menyusui baby anda... 





Apa Kata Hati?~ rindu anakku...