Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 13, 2011

Fw: Final Exam

(Ekceli nk testing update blog guna bb... Byk kali try baru dpt... Yehuu)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


"EXAM MODE ACTIVATED"... 

Yeee... Bermula 12 April sampai 29 April aku akan bz bertungkus lumus menjawab soalan2 final exam.. Wohooo... Takut nih.. Anyway, wish me luck ya!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, April 9, 2011

Happy 6th Anniversary



Tiada Kata Mampu Diucapkan...
Tiada Bicara Mampu Diungkapkan..
Ku Panjatkan Kesyukuran Hanya PadaMu Ya Allah.. 
AnugerahMu Tiada Ternilai.. Alhamdulillah... 
Selamat Ulangtahun Ke-6.. 
Semoga mahligai yang dibina akan kekal kukuh hingga ke akhir hayat disulami warna warni kehidupan.. Insyaallah..  




 Apa Kata Hati?~ I Love U so much syg.....

Thursday, March 24, 2011

Kucing...

Aku adalah peminat kucing... Aku sukakan kucing... since tahun 2005 smpi 2011 ni, aku dah membela 12 ekor kucing... tp bkn sekaligus la aku bela 12 ekor tu... paling byk dlm satu2 masa ialah 2 ekor... now tinggal sekor yg sgt aku syg... kucing ni sbnrnya cerdik tau... depa ni boleh jadi kawan dan peneman kita yg terbaik.. sbb depa boleh mendengar dan seolah2 memahami apa yg kita ckp.. cuma depa nak ckp blk je x boleh... (cuba pk kalau depa bleh ckp blk, cane?? mau fingsan..)

Kali ni bkn aku nk cite psl kucing peliharaan aku... tp nak cite topik yang diketengahkan eh, bkn.. yg dikeudarakan oleh rancangan Bersamamu kat TV3 semlm... 



Selalunya, dorang akan tayangkan keluarga or individu yang memerlukan bantuan, tp semlm, psl kucing yg bergelandangan... hmmm... tau ke apa maksud 'bergelandangan' tu?? maksudnya, kucing2 yg homeless... terbiar merata... yang dibuang dan terbuang.. yang tidak mendapat kasih syg manusia..



Dalam byk2 gambar kucing yg dorang amik tu, aku tersentuh hati dan bersedih melihatkan seekor kucing yang terbiar.. keadaanya saaaaangattttt kurussss... sampaikan dia nak berjalan pun terhoyong hayang... melihatkan keadaan kucing tu, rasanya berbulan2 dia tidak diberi mkn... tp yg paling menyedihkan, bila ada manusia yang berjalan berhampiran si kucing ni, dan tetiba tendang si kucing ni smpi dia jatuh terbaring... dgn serta merta air mata aku mengalir... x sanggup aku tgk kucing tu... kesian kat dia... kalau dekat ngan aku, insyaallah, aku akan kasik dia mkn hari2...

Mr Syg aku pun x ckp apa melihatkan aku menangis... sbb beliau dah sedia maklum yg aku ni pencinta kucing... kalau pegi kedai mkn yg ada kucing, aku akan amik sekor ikan goreng khas utk kucing tu... bkn la nak puji aku baikkk kat sini, tp aku ni x boleh tgk haiwan yg dianiayai... terutama kucing... kesian tau...



Syukur, ada jugak rupanya pihak yang membela nasib kucing2 terbiar nih... mereka ialah SPCA... atau nama penuhnya ialah Society for the Prevention of Cruelty to Animal.. mereka ni akan mengambil dan menerima kucing2 yang terbiar dan terbuang.. Mereka jaga kucing2 (dan rasanya ada haiwan lain2 jugak, cuma yg semlm fokus kat kucing2).. diberi makan, diberi tempat berlindung dan yg penting, diberi kasih syg sewajarnya.. Kalau ada yang nak amik kucing2 ni untuk dibela pun boleh... Pekerja2 yang bertugas menjaga kucing2 ni ada yang dibayar gaji dan ramai jugak yang sukarela... terus lega hati aku melihatnya... besar pahala membela haiwan ni...

X salah sygkan kucing2 ni... kot2 kita nnt dok terhegeh2 nak melangkah titian silaturrahim x brapa nak lepas, mana la tau kot2 kucing2 ni boleh bantu kita sikittt untuk langkah ke 'sana'.... wallahua'lam....



My kucing... yg sgt disayangi dan cerdik woooo... 
nama dia Nini @ Nyenyen...
      

 


 Apa Kata Hati?~ sayangilah mereka kerana mereka juga berhak untuk disayangi.... dan kalau ada rezeki lebih boleh jugak menderma kepada persatuan tu untuk kegunaan menguruskan mereka2 (kucing2) di pusat jagaan..... 

Tuesday, February 8, 2011

Ikhlaskan Hati....

Dewasa ini.... para2 ibu bapa slalu berpesan pada anak2 supaya berhati2 dgn niat org yg dok buat baik kat kita.... it's true and it's not.... 

Nape aku ckp it's not? (yg it's true tu xyah diceritakan la kat sini kan... semua dah sedia maklum)

gambar ni xde kene mengena pun dgn story.. sekadar hiasa sbb kucin sgt comel

sebab, ikut keadaan jugak.... dlm post kali nih, aku nak luahkan pendapat aku ttg satu senario 'kebaikan' yang pada aku bukan berniat nak sokong mana2 pihak, cuma dari pandangan aku yg melihat dari segi 'melaksanakan tanggungjawab'. (ikhlas atau tidak tu - wallahua'lam)

Semlm, aku tgk dlm news kat tv (jarang sgt aku tgk news kat tv..) tajuk utamanya ialah kumpulan pertama pelajar dari Mesir dah tiba kat KLIA.... Alhamdulillah... mereka selamat semuanya... happy je tgk muka... ye la, terselamat dari pergolakan dan dpt blk Malaysia (free) jumpa mak ayah... sape yg x suker kan?? Tahniah pada kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia yang prihatin dgn menghulurkan bantuan - walaupun bkn dgn menghantar pesawat ttp dgn mendoakan keselamatan seluruh operasi pun dah bagus.. 



Aku tgk wajah2 syukur dan ceria para pelajar turun dari pesawat dan dpt menjejakkan kaki kat bumi Malaysia yang aman makmur nih, sambil menunjukkan sepanduk (tulisan tangan je, x kisah, as long as ikhlas) TERIMA KASIH... TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA... dan segala mcm terima kasih lagi.... iye la... mcm tu je la caranya dorang nak berterima kasih... nak jumpa face to face nak ucap terima kasih rasanya x terdaya kot.. ramai tu... aku yg tgk nih, walaupun bkn aku yg membantu menyelamatkan dorang tu, aku rasa mcm puas hati... rasa macam syukur sgt2... ucapan terima kasih secara mengangkat sepanduk tu pun dah cukup untuk menyampaikan rasa penghargaan atas kebaikan (tanggungawab pemerintah) yang dihulurkan.

TAPI.... masalahnye kat sini, aku tgk dlm twitter, ada pulak mangkuk mana ntah yg mempertikaikan sepanduk ucapan terima kasih tu... kononnya, pihak yg menghulurkan bantuan tu yg suruh dorang tu buat mcm tu... (ni kes dengki la nih).. kononnya, pihak yg menghulurkan bantuan tu mengambil kesempatan atas kejadian ni untuk meraih kepercayaan rakyat. 

Heyyyyy... come on la... cuba pk positive skettt... cuba pikirkan mcm mana perasaan ibu bapa dan para pelajar tu sikit... dorang dah sah2 xde nk pk psl fahaman politik or anything yg seumpamanya lg dah.. yg dorang pk, KESELAMATAN... dan tmpt paling selamat utk dituju ialah MALAYSIA... bersyukurlah kita dpt hidup dlm keadaan yg aman damai... minyak naik harga pun xde la rusuhan la, bom sana sini la... org2 yg mentaliti nye sakit mcm ni, harus dilemparkan keluar dari Malaysia... p la dok kat tmpt2 bergolak sana tu.. baru la dia buleh bersyukur sket kot dgn apa yg dikecapi kat Malaysia... 

Cuba sesekali kita luahkan rasa syukur atas kebaikan/bantuan yang diberikan atas dasar melaksanakan tanggungjawab sesama insan dan cuba ketepikan hasutan syaitan dlm diri yg slalu menghasut supaya hati yg x bersih tu slalu bersangka buruk atas apa yg org lain lakukan (yg ternyata perkara yg bagus).. sudah2 lah dok bawak perangai busuk hati tu... bersihkan hati - insyaallah, bahagia hidup.... 
   



 Apa Kata Hati?~ tiada salahnya......