Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 24, 2011

Kucing...

Aku adalah peminat kucing... Aku sukakan kucing... since tahun 2005 smpi 2011 ni, aku dah membela 12 ekor kucing... tp bkn sekaligus la aku bela 12 ekor tu... paling byk dlm satu2 masa ialah 2 ekor... now tinggal sekor yg sgt aku syg... kucing ni sbnrnya cerdik tau... depa ni boleh jadi kawan dan peneman kita yg terbaik.. sbb depa boleh mendengar dan seolah2 memahami apa yg kita ckp.. cuma depa nak ckp blk je x boleh... (cuba pk kalau depa bleh ckp blk, cane?? mau fingsan..)

Kali ni bkn aku nk cite psl kucing peliharaan aku... tp nak cite topik yang diketengahkan eh, bkn.. yg dikeudarakan oleh rancangan Bersamamu kat TV3 semlm... 



Selalunya, dorang akan tayangkan keluarga or individu yang memerlukan bantuan, tp semlm, psl kucing yg bergelandangan... hmmm... tau ke apa maksud 'bergelandangan' tu?? maksudnya, kucing2 yg homeless... terbiar merata... yang dibuang dan terbuang.. yang tidak mendapat kasih syg manusia..



Dalam byk2 gambar kucing yg dorang amik tu, aku tersentuh hati dan bersedih melihatkan seekor kucing yang terbiar.. keadaanya saaaaangattttt kurussss... sampaikan dia nak berjalan pun terhoyong hayang... melihatkan keadaan kucing tu, rasanya berbulan2 dia tidak diberi mkn... tp yg paling menyedihkan, bila ada manusia yang berjalan berhampiran si kucing ni, dan tetiba tendang si kucing ni smpi dia jatuh terbaring... dgn serta merta air mata aku mengalir... x sanggup aku tgk kucing tu... kesian kat dia... kalau dekat ngan aku, insyaallah, aku akan kasik dia mkn hari2...

Mr Syg aku pun x ckp apa melihatkan aku menangis... sbb beliau dah sedia maklum yg aku ni pencinta kucing... kalau pegi kedai mkn yg ada kucing, aku akan amik sekor ikan goreng khas utk kucing tu... bkn la nak puji aku baikkk kat sini, tp aku ni x boleh tgk haiwan yg dianiayai... terutama kucing... kesian tau...



Syukur, ada jugak rupanya pihak yang membela nasib kucing2 terbiar nih... mereka ialah SPCA... atau nama penuhnya ialah Society for the Prevention of Cruelty to Animal.. mereka ni akan mengambil dan menerima kucing2 yang terbiar dan terbuang.. Mereka jaga kucing2 (dan rasanya ada haiwan lain2 jugak, cuma yg semlm fokus kat kucing2).. diberi makan, diberi tempat berlindung dan yg penting, diberi kasih syg sewajarnya.. Kalau ada yang nak amik kucing2 ni untuk dibela pun boleh... Pekerja2 yang bertugas menjaga kucing2 ni ada yang dibayar gaji dan ramai jugak yang sukarela... terus lega hati aku melihatnya... besar pahala membela haiwan ni...

X salah sygkan kucing2 ni... kot2 kita nnt dok terhegeh2 nak melangkah titian silaturrahim x brapa nak lepas, mana la tau kot2 kucing2 ni boleh bantu kita sikittt untuk langkah ke 'sana'.... wallahua'lam....



My kucing... yg sgt disayangi dan cerdik woooo... 
nama dia Nini @ Nyenyen...
      

 


 Apa Kata Hati?~ sayangilah mereka kerana mereka juga berhak untuk disayangi.... dan kalau ada rezeki lebih boleh jugak menderma kepada persatuan tu untuk kegunaan menguruskan mereka2 (kucing2) di pusat jagaan.....