Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 12, 2011

Beberapa Perkara Perlu Dielakkan Semasa Menziarah Jenazah..

Dengan merujuk kepada tajuk di atas, apa yg akan aku karangkan di sini adalah dari apa yang berlaku pada aku satu family baru2 ini.. 

Alhamdulillah dan terima kasih pada org2 kampung, jiran tetangga, adik beradik, sahabat handai arwah bapak aku yg telah hadir dan sedekahkan Al-Fatihah utk arwah.. Doa kalian utk arwah amat dihargai. 

Satu peringatan lembut (gentle reminder) ikhlas dari aku utk para pembaca ialah, jika anda menziarahi jenazah, seboleh2nya elakkan perkara2 berikut:

1)  Jangan dok bersembang/bergosip/bergurau senda semasa menziarah jenazah. sepatutnya, baca la Yaasin atau paling tidak pun baca Al-Fatihah utk arwah... kalau nak bersembang jugak, tunggu lepas keluar dari rumah keluarga arwah baru sembang puas2... 

2)  Utk kawan2 sekolah yang dah lama x jumpa - x perlu la dok mai tanya 'kenai x sapa ni?'... 'hg ingat x aku sapa?'.... tuan2 dan puan2, sila jgan dok ajukan teka teki utk ahli keluarga terdekat arwah kerana dorang xdak masa nak pk sapa anda... lg elok kalau anda terus kenalkan diri anda... kasik intro sikit pun dah ok... 

3)  jgn sesekali dok mai jumpa ahli keluarga terdekat arwah utk berhutang!! walopun anda sgt sgt terdesak tolong lah jgn la dok p jumpa dan mintak nak berhutang!! sangat tidak menghormati perasaan ahli keluarga terdekat arwah.. 

4) dan lain-lain perkara/perbuatan yang sangat tidak molek dilakukan semasa menziarah jenazah... 

Di atas tu merupakan beberapa point yg aku nak highlight aje utk entry kali ni.. yg lain2 point tu korang pk la sendiri sbb aku rasakan yang semua org pun dah tau apa yg patut dan yg tidak patut di lakukan semasa menziarah jenazah. 

Aku nak tekankan kat point 3... Ada la sorang hamba Allah nih, kategori jiran jugak lah.. tp idak le rapat benor... gitu2 aje... semasa arwah masih ada dulu, dan x berapa sihat, seingat aku, si polan ni x pernah pun dtg menjenguk... apatah lg bertanya khabar... kalau ada pun mungkin setahun sekali je kot... tapi......... dua hari selepas arwah selamat dikebumikan, awai pg lg dia dah bertandang ke rumah dan berjumpa dengan bonda ku... dgn tujuan nak meminjam duit.. katanya sesak sgt.. bonda aku yg berhati lembut ni pun kasik la... ratus2 ye.. bkn puluh2 aje... bila aku tanya nape bonda kasik? bonda kata dia x smpi hati nak hampakan harapan org yg sgt2 memerlukan... 

bagi aku, alasan bonda aku tu sgt betul... tidak dpt disangkal lg... tp aku x brapa dpt menerima sbb dia tidak menghormati perasaan sebuah keluarga yang baru kehilangan org yg tersyg... dia sgt pentingkan diri sendiri.. pk kan diri dia ja yg xdak duit tu.. nape tidak meminta bantuan dari keluarga sendiri? sahabat handai sendiri? kalau hg tu mmg sgt rapat pun dgn keluarga arwah, x elok sgt kot hg nak mai berhutang dlm masa baru dua hari arwah meninggal dunia... 

Aku x paham la kenapa ada org yg sgt pendek akal mcm ni... dah la jenis yg suka dok ckp pandai... kata org utara, cakap deraih... tp apa pun xdak... 

Aku harap satu hari nnt, si polan itu terbuka pintu hati utk lebih menghormati perasaan org lain... dan harapan jugak agar kita sendiri pun jgn dok buat perkara2 yg x sepatutnya... 




 Apa Kata Hati?~ rindu bapak... Al-Fatihah...

Thursday, August 4, 2011

cite sahur puasa ke 4...

Alhamdulillah... diam x diam, dah hari ke 4 pun kita berpuasa... syukur, setakat saat dan ketika ni diri ini masih kuat dan sihat menjalankan ibadah berpuasa ini. 

Dan setakat hari ni jugak, aku x pernah missed lg bangun sahur... kul 4 pagi aku akan bangun masak nasi dan panaskan lauk pauk. (ooppss, setakat ni belum masak sendiri lg yer... masih tunjuk2 di gerai lg..). Tetapi, sahur pagi ni, sgt best sbb disediakan oleh suami kesayangan sayer... dia buatkan nasi goreng utk sahur.. aku terjaga kul 5 pagi dan terkocoh2 bangun. Dok heran la nape alarm aku x bunyi pulak kul 4 td... tgk kat sebelah, syg aku xde pulak... tau2 dia dtg dan kata dia yg padam alarm tu.. sbb tgk aku tido lena sgt.. dia kesian.. so, dia la buatkan nasi goreng... 

owhhh... sungguh tacinggg... terharu gitu... hehehhe.. so, bersahur la kami dgn nasi goreng kampung versi Mr Syg aku.... 

Alhamdulillah.. kenyang sudah... hmm... ape pulak juadah utk berbuka hari ni ye???  




 Apa Kata Hati?~ harap2 dpt puasa penuh tahun ni..... aminnn...

Wednesday, August 3, 2011

Al-Fatihah....

Pada tanggal 25 Julai 2011 yang lalu, tepat jam 3.05 petang, bapak tersayang telah pergi meninggalkan dunia ini dalam keadaan yang tenang.. Al-Fatihah utk arwah bapak... 

Alhamdulillah, setelah seminggu berlalu, aku dapat menerima kenyataan ini walaupun terasa sgt kehilangan. Kami semua merelakan pemergian arwah kerana kesemua anak2 dan cucu arwah ada di sekeliling arwah membaca Yasin sehingga lah arwah menghembuskan nafas terakhir. 








 Apa Kata Hati?~ semoga tenang di sana dan ditempatkan bersama org2 yg beriman.. aminnn... sayangggg bapak sgt2...

Friday, July 8, 2011

Secebis Pendapat Ikhlasku...

jom kita sama2 meneliti dan menjawab persoalan di bawah ini:

1) Waktu bekerja sehari rata2 8 jam sehari. Adakah anda benar2 menghalalkan gaji yg dibayar 8 jam sehari tu dgn bekerja? 

2) Adakah selama 8 jam bekerja anda tidak 'mencuri' masa dgn berbuat perkara yg bukan kerja anda? contoh berfesbuk, berchatting, membaca website politik, website resepi, website shopping online, dll? 

3) Adakah anda bekerja lebih masa untuk cover masa yg anda telah 'curi' tanpa mengclaim OT? 

4) Anda seorang pegawai berpangkat tinggi. Adakah anda akan mendahulukan meneliti dan menimbang permohonan jawatan kosong oleh calon D yang berkelayakan tetapi anda tidak kenali dan mengenepikan calon A yg berkelulusan yg adoo saja yg merupakan saudara mara anda? 

5) Adakah semasa anda belajar di Universiti tidak terlintas langsung utk memohon pinjaman dan biasiswa? 

6) Anak anda membawa pulang borang derma ikhlas untuk penganjuran majlis hari raya or majlis penyampaian hadiah di sekolah. Adakah anda dgn seikhlas hati menyumbang derma tersebut atau menyumbang tetapi setelah berkilo2 sumpah seranah dilontarkan? 

7) Mana pergi duit cukai pendapatan yang dok potong byk2 tu?: --> Dari mana dtgnya duit utk bayar gaji terutama yg kerja dgn gomen? mana dtgnya duit utk membeli komputer dan diberikan pada sekolah untuk kegunaan pelajar dgn percuma? dari mana dtg nya duit utk menampung kos bantuan makanan pagi utk anak2 kurang mampu? Dari mana dtgnya sumber kewangan utk merealisasikan Skim Pinjaman Buku Teks? ..

Dll soklan lg... 

Berdasarkan soalan2 tersebut dan jawapan yg bakal atau telah dijawab, wajarkah kita mempersoalkan org lain yang perlu mentadbir negara sedangkan kita sendiri yang hanya perlu mentadbir diri dan hidup kita pun x sempurna, kenapa perlu mengharapkan org lain sempurna??

Dalam diri setiap manusia ni mmg akan ada satu sifat yang tak bersyukur dgn apa yg ada... aku sgt sgt sgt bersyukur dan gembira kerana diberi peluang hidup di negara yg aman makmur, makan cukup, pakai cukup, serba serbi cukup (asalkan berusaha utk mendapatkannya).. tetapi aku sgt sgt sgt benci dan x suka dgn org2 yg x bersyukur hidup dlm keadaan yg aman damai ni... ada saja yg ditimbulkan utk menghuru harakan keamanan yg dikecapi... ada saja dok nampak kesalahan org lain walhal diri sendiri pun bukannya betul sgt...  

Ya... aku akui, ada antara perkara2 yang dilontarkan itu adalah betul... kesalahan itu jelas nampak di mata... tetapi, ada cara dan saluran yg betul untuk kita bersoal jawab tentang perkara itu... gunakan akal yg diberikan Tuhan pd kita... bkn dgn otak yang dibisikkan oleh syaitan...

Walau apa pun tindakan kita, jgn smpi menjejaskan keamanan negara dan jgn sampai negara tergadai... satu2nya negara di dunia ni yang dimiliki oleh org melayu ialah Malaysia... walaupun semakin hari semakin byk tanah2 milik bumiputera melayu menjadi milik bangsa asing, tetapi, jgn diikutkan sgt perasaan yang terhasut oleh syaitan tu... jgn nanti kita merempat di negara sendiri.......  

Fikir2kan lah dan renung2kanlah...... 





Apa Kata Hati?~ aku syg negara aku Malaysia...