Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 4, 2010

Ni satu lg contoh yg x bagus....


6:24 ptg: memula....



6:24: kemudian..



6:24: kemudian lagi... 


tgk la tu... tau x apa salah mereka2 itu?? ye... memotong barisan di sebelah kiri barisan... pada hari tersebut, tersgt byk kereta berbaris utk memasuki tol jawi.. tp org lain boleh pun beratur panjang, tp nape la mereka2 ni senang2 ja memotong barisan?? 

dah la memotong barisan di sebelah kiri, mengganggu pengguna jalan lain yg nak p terus... mereka2 ini sgtlah mementingkan diri sendiri.. x beradap.. huh!!

bukan sekali dua aku tgk keadaan ini, boleh dikatakan setiap kali lalu situ, mesti perkara ini berlaku.. pada hari yg sama jugak, selepas traffic lite tu, sblm tol, polis ada buat road block.. dan dari lokasi road block tu bleh nampak keadaan memotong barisan, tp xde tindakan diambil pun... ini membuatkan aku tertanya2, apakah motif road block tu dibuat?? 

pada yg suka memotong barisan ni, bawak2 la berubah... kalau anda pulak di tmpt kami2 yg beratur nih, dan org lain pulak yg memotong barisan dgn tiada rasa bersalah, apa rasa nya?? 

kalau nak ikut kan, semua org pun nak cepat... beratur ja la.. bukannya lama mana pun. tp kalau la dok tgh memotong barisan tu berlaku kemalangan, benda yg cepat pun jadi lambat... 

bertimbang rasalah sketttt.... 





 Apa Kata Hati?~ huh!!!

Monday, May 3, 2010

Ha??? ye ke??? tipu.........

Di suatu hari, syg aku tetiba berkata:

"syg.. ada kedut tepi mata la... "

dgn muka yg terkejut 



aku membalas:

"mana?? mana?? ye ke?? tipu la.. "

terus aku membelek2 mataku dgn cermin hikmat kecikku itu.. 

syg aku menyambung kata2nya:

"ish... ni la org pompuan.. baru ckp ada kedut skett kat tepi mata ja, dah panik.. "






aku membalas:

"ye la... kalau umo baru awal 30'an dah kedut byk tepi mata tu tandanya x jaga kulit.. x jaga muka... bukan takut kedut, tp awai lg kedut nak wujud.. tunggu la after 40-an nak naik kedut2 manja tu ok la... rela la... "

aku lg:

"syg... mana?? xde pun... syg tipu ekkk??"

syg aku:

"mana ada lg... saja ja nak tgk reaksi mcm mana.."

aku:

"fuhhhhhh.... lega.... jgn la main2 camtu.. berdegup2 kencang dah jantung nih.. "







 Apa Kata Hati?~ semua wanita pun camtu gak ke?? atau aku je yg bertindak balas camtu??

Sunday, May 2, 2010

kurang puas hati mlm ni.....

aku rasa agak terkilan dan kurang puas hati sbb SHAHIR telah tersingkir mlm ni... sepatutnya beliau boleh pegi jauh lg dan boleh smpi final. tp, nak buat camna, sbb dia tu x brapa byk kontroversi.. x gedik.. sbb tu x jadi pilihan pengundi... ni la kelemahannya kalau sesuatu pertandingan diadili oleh sms.. memang x adil.. 









 Apa Kata Hati?~ xpe.... aizat pun terkeluar awal jugak, tp tgk la skg ni dia di tahap mana????

Saturday, May 1, 2010

Apa Bezanya Kita??....

lately ni, ada sesuatu berlaku di sekeliling aku... yg membuatkan aku terfikir, 'APA BEZANYA KITA?'.. 



x kisah la kita ni berkulit gelap ke.... cerah ke... pendek ke... tinggi ke... cantik ke... kurang cantik ke... berpelajaran tinggi ke... berpelajaran kurang tinggi ke... jawatan tinggi ke... jawatan rendah ke... kaya ke... miskin ke.... dan byk lg la contoh perbezaan yg boleh dijadikan contoh... 

memang la ada bezanya dari senarai contoh2 yg aku berikan tu, tp.... cuba kita lihat dari konteks perhubungan sesama manusia.... boleh kah diwujudkan perbezaan antara satu sama lain?? 

kat sini aku cuma nak amik contoh satu ja... JAWATAN TINGGI vs JAWATAN RENDAH... kalau dari segi bidang tugas, memang la byk bezanya... yg tinggi dah sah2 la tanggungjawab lg byk... tp kalau dari segi silaturrahim, mcm mana? x salah rasanya kalau saling bantu membantu bagi meringankan tugas setiap hari kan?? 

contohnya, kalau lah sesuatu perkara tu boleh diselesaikan oleh pekerja berjawatan rendah, apa lah salahnya kalau perkara itu diselesaikan di peringkat bawah tu saja? dgn alasan: 1) mempercepatkan selesainya perkara tersebut.. 2) pekerja berjawatan rendah itu yg selalu menyelesaikan perkara tersebut.. 3) mengikut arahan pegawai paling atasan

tp..... sebaliknya berlaku... pekerja berjawatan rendah telah dipersalahkan oleh pegawai pertengahan dgn alasan pekerja berjawatan rendah telah mengenepikan kuasa pegawai pertengahan. apalah salahnya disitu?? sedangkan pekerja berjawatan rendah sekadar menjalankan tanggungjawab dan mengikut arahan pegawai atasan.  jika perkara ini melalui pegawai pertengahan, sudah pasti perkara ini tidak diselesaikan lg kerana masih ada perkara lain yg terdahulu yg melalui pegawai pertengahan yg masih belum dikendalikan dan belum diambil perhatian oleh pegawai pertengahan tersebut.. 

sepatutnya, pegawai pertengahan tersebut berterima kasih kepada pekerja berjawatan rendah kerana telah membantu meringankan tugas dia... bukannya memarahi.. dan dari luahan perasaan kedua2 pihak, dpt disimpulkan bahawa pegawai pertengahan tersebut memarahi pekerja berjawatan rendah kerana kononnya pegawai berjawatan rendah itu telah secara x langsung menunjukkan bahawa pegawai pertengahan tersebut TAK TAU BUAT KERJA... 

dan itulah kenyataannya....... bagi beliau "KALAU BENDA TU BETUL.. PERFECT.. AKU LA YG BUAT.. PUJILAH AKU... TP KALAU SALAH, PEKERJA BAWAHAN AKU LA YG BUAT.. DEPA NI BODO, X RETI BUAT KEJE.. MARAHLAH DEPA".. 

xpe... biarkan beliau... kalau lah perbezaan jawatan tu boleh menjamin beliau boleh meniti titian siratulmustaqim nanti, silakanlah... tp jgn lupa, bila kita telah terpisah jasad kan nyawa, masa tu segala yg di dunia pun terputus dgn kita... kita semua pakai kain kapan putih yg sama.... dan masuk dlm kubur pun kedalaman yg sama... xde beza pun.. 



 Apa Kata Hati?~ mcm2 berlaku.... semua sbb nak tunjuk kuasa.....