Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 18, 2009

Innalillahiwainnailaihirojiun...



Dalam keceriaan nak menyambut Hari Raya Aidilfitri, aku telah menerima khabar pemergian tok aku di kampung di Selama, Perak. Semoga roh beliau ditempat kan bersama-sama org2 yang beriman.. Al-Fatihah untuk tok.




Apa Kata Hati?~ Al-Fatihah..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI mohon maaf andai ada terkasar bahasa, tersalah silap di sana sini dan apa saja yang mengguris hati harap dimaafkan..

Kepada kengkawan yang nak travel balik kpg tu, berhati2 di jalan raya, ingatlah insan yang tersayang.. semoga selamat pergi dan balik...


Apa Kata Hati?~ yea yea raya... yea yea raya..

Wednesday, September 9, 2009

Surat utk si mati..

Haaa... korang ngeri x baca tajuk entry aku kali ni??? ha?? x ngeri?? hmmm... xpe la...

Ekceli, kesahnyer, last week camtu, aku ada terima satu email dari sebuah bank di US. antara intipati email tu ialah, mereka email kat aku utk mengesahkan bahawa ada sorang mamat nih, dia p claim kat bank tu kata aku dah MATI. Oleh yg demikian, dia nak claim segala harta benda aku yg aku simpan kat bank situ.. (wahhh.. banyak nya harta benda aku kat situ...) oleh sebab itu jugak la bank pun hantar email utk mengesahkan bahawa aku ni betul2 dah mati ke blum...

Hmmm... pelik x?? aku dah rasa email nih lain macam ja.. sbb dia nak details aku.. i/c la.. bank account la.. ape segala la... ditambah kehairanan aku ialah, kat bank kat malaysia ni pun aku menyimpan x byk mana, mcm mana pulak aku nak menyimpan harta benda aku yg begitu byk kat US nun.. naik eroplane pun aku takut, apatah lagi nak pegi ke US.. pastu yg membuatkan aku bertambah tambah tambah hairan, cane la pihak bank leh hantar email kat org yg konon dah mati?? kalau kata betul la aku dah mati, cane aku nak baca dan jawab email tu kan?? agaknya depa ingat aku mati bawak laptop ngan broadband skali kot... kan??? dan di atas nasihat pakar komputer aku kat sini, makanya aku terus mendelete email tersebut...

Hmmm.. mcm2 la taktik penjenayah zaman sekarang ni kan.......

Apa Kata Hati?~ kalau betul pun aku ada harta byk menggunung tinggi kat US nun, dah sah2 la waris jari hantu ooppsss.. waris aku pun ada kat sini leh claim.. apa hal pulak mamat mat saleh yg aku x kenal tu pulak yg p tuntut harta aku??? kan?? kan??? kan???

Thursday, September 3, 2009

Kisah Sahur tadi...

Pagi tadi, seperti biasa aku bangun sahur cuma minum air je... amik sunat bangun sahur.. dari first posa smpi ke hari ni, aku bangun sahur cuma minum je... x dapek tekak ni nak menelan makanan awal sgt.. so, pagi td pun, bangun minum air dan sambil2 tu syg aku dok siap2 nak pegi keje. aku pun mandi la jugak (hehehehheh... ) dok syok2 layan mandi air panas, tetiba syk aku jerit.. dia dok suruh aku bukak pintu bilik air tgk dia.. heran aku nape la pulak syg aku ni.. rupa2nya ada sesuatu dlm tangan dia... nak tau ape???
|

|

|

|

|

|

|
ni ha
sebijik rupa dier camni... comelkan... aku tanya la kat syg aku, mana dpt si kiut ni? syg aku kata, masa dia kluar tu, si kiut ni mai kat kaki dia.. dia pun amik la.. pastu syg aku dok kelam kabut carik tmpt nak letak si kiut ni, tp at the same time dia takut si ninie (si koceng) aku tu makan pulak. Last2 dia letak dlm beg sandang dia dan dia kata dia bwk gi opis... boleh??? boleh je la... sbb aku xkan pegang si kiut nih, sbbnye aku geli... sekian...

Apa Kata Hati?~ kiut kan???